Wiesberger ungguli Terbuka Perancis

Wiesberger ungguli Terbuka Perancis

VERSAILLES, Perancis, 6 Julai (AFP) – Bernd Wiesberger memenangi gelaran terbesar sepanjang kerjayanya di Terbuka Perancis semalam dengan pukulan birdie rendah pada pertengahan pusingan yang mengejutkan pemain kelas tinggi.

Pemain dari Austria berusia 29 tahun itu memulakan 18 terakhir di Le Golf National bersendirian di tempat ketiga, ketinggalan tiga pukulan di belakang pendahulu Jaco van Zyl.

Permulaan yang sunyi daripadanya disusuli dengan penggantungan pertandingan selama sejam kerana ribut petir dan apabila Wiesberger menyambung semula, permainannya mula menyerlah.

Lima birdie dalam enam lubang dari lubang keempat membolehkannya mendahului empat lubang dan dilihat tidak mungkin dapat dikejar selepas itu.

Dia mengangkat tangannya ke udara dalam meraikannya apabila birdie putt 15 kaki memasuki lubang untuk membolehkannya mencatat 13 bawah purata 271, tiga pukulan di depan James Morrison dari England, yang berada di tangga kedua selepas 67.

Bernd Wiesberger bergambar bersama trofi juara Terbuka Perancis di Le Golf National Guyancourt dekat Paris, semalam. – AFP
Bernd Wiesberger bergambar bersama trofi juara Terbuka Perancis di Le Golf National Guyancourt dekat Paris, semalam. – AFP

Ini ialah gelaran Jelajah Eropah ketiga sepanjang kerjayanya dengan dua yang lain dimenanginya pada 2012 dan meletakkannya dengan baik di Terbuka British di St Andrews dalam tempoh dua minggu.

Van Zyl dari Afrika Selatan ketinggalan dua pukulan untuk selesai di tempat ketiga selepas mendahului dua pukulan ke pusingan akhir tetapi hanya mampu mencatatkan 73 pukulan.

Bekas pemian nombor satu dunia Martin Kaymer dari Jerman berada di tangga keempat selepas 70 yang ketinggalan tujuh pukulan dari Wiesberger, dengan Rafa Cabrera-Bello dari Sepanyol di tangga kelima selepas ketinggalan dua pukulan.

Kemenangan Wiesberger itu tiba tidak mengejutkan kebanyakan pemain di padang itu memandangkan dia salah seorang pemain yang konsisten dalam Jelajah Eropah sejak tahun lepas apabila selesai empat kali di lima kedudukan teratas musim ini.

Dia beraksi dalam Masters awal tahun ini dan terikat pada kedudukan ke-22, tetapi gagal untuk menghasilkan cutt di Terbuka AS bulan lalu.

ARTIKEL YANG SAMA