WiFi di puncak Gunung Fuji

WiFi di puncak Gunung Fuji

TOKYO, 10 Julai (Agensi) – Pendaki yang berjaya mencapai puncak Gunung Fuji sekarang boleh mengongsikan pencapaian mereka melalui Wi-Fi percuma.

Rangkaian telefon bimbit Jepun berkata ia akan mula menawarkan servis berkenaan hari ini di lapan hotspot pada gunung Jepun paling terkenal, termasuk pada puncak 3,776 meter.

Inisiatif tersebut dijalankan adalah bagi menarik lebih ramai pengunjung asing ke Shizuoka dan Yamashi, dua negeri yang menjadi tuan rumah kepada gunung tersebut. Dari lapangan terbang kepada kereta api bawah tanah dan pengendali bas, Jepun telah mengembangkan servis Wi-Fi percumanya menjelang Olimpik 2020 di Tokyo.

Pengguna di Gunung Fuji akan perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah disediakan dalam kertas iklan dalam bahasa Inggeris, Cina dan Korea yang akan diagihkan di beberapa pangkal laluan. NTT Docomo Inc. akan menyediakan servis berkenaan selama 72 jam dari log masuk pertama.

Internet menggunakan WiFi boleh diakses di puncak Gunung Fuji.
Internet menggunakan WiFi boleh diakses di puncak Gunung Fuji.

ARTIKEL YANG SAMA