Wijaya bangkit

Wijaya bangkit

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 2 Okt – Wijaya FC melabuh tirai minggu keempat Liga Super DST 2015 dengan kejayaan menewaskan Jerudong FC 3-1 sekali gus melebarkan jurang tiga mata di depan pesaing terdekatnya, Tabuan Muda, yang tewas 0-3 kepada MS ABDB tempoh hari.

Bagaimanapun, Jerudong yang mengemudi perlawanan di Kompleks Sukan Tutong itu selepas Mohd Shah Azahar bin Abdullah Ahar menjaringkan gol pada minit ke-21 separuh masa pertama. Kedudukan 1-0 kekal tidak berubah sehingga wisel separuh masa.

Sepuluh minit selepas babak kedua bermula, Wijaya mendapatkan gol penyamaannya menerusi Khalil bin Saab.

Pada kedudukan 1-1, Wijaya mula mengawal perlawanan dan hanya sebelas minit selepas jaringan pertamanya iaitu pada minit ke-66, Wijaya pula mengemudi perlawanan dengan 2-1 selepas rembatan Mahhazif bin Ahad menemui sasarannya.

Wijaya meraih tiga mata selepas menewaskan Jerudong 3-1 untuk mengukuhkah kedudukannya di tangga keempat Liga Super DST 2015.
Wijaya meraih tiga mata selepas menewaskan Jerudong 3-1 untuk mengukuhkah kedudukannya di tangga keempat Liga Super DST 2015.

Dengan jaringan pertamanya hadir pada minit ke-55, yang kedua pada minit ke-66, tiada siapa menduga gol ketiganya juga hadir pada minit ke-77 yang dijaringkan oleh bekas pemain DPMM FC, Haji Mohd Subhi Abdillah bin Haji Bakir.

Tanpa jaringan selepas itu, Wijaya memuktamadkan keputusan 3-1 untuk meraih tiga mata sekali gus mengumpul 24 mata daripada 13 perlawanan untuk menduduki tangga keempat, hanya tiga mata di belakang Najip i-Team yang menghuni tempat ketiga.

Jerudong pula kekal di kedudukan keenam dengan 14 mata daripada 12 permainan, tujuh mata di belakang Tabuan Muda yang menduduki tangga kelima. Satu tangga di bawah Jerudong ialah MS PDB yang mengumpul 12 mata daripada 13 permainan.

Dua tangga teratas Liga Super DST selepas berakhirnya minggu keempat kekal dikuasai oleh MS ABDB dengan 36 mata daripada 13 perlawanan dan Indera SC dengan 28 mata selepas 12 perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA