WikiLeaks berkata NSA intip perniagaan Perancis

WikiLeaks berkata NSA intip perniagaan Perancis

PARIS, 30 Jun (Agensi) – WikiLeaks telah mengeluarkan satu dokumen mengatakan ia menunjukkan Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS) mengintip pegawai kewangan tertinggi Perancis dan tawaran penting eksport Perancis selama satu dekad dalam apa yang kumpulan itu mengelarnya pengintipan sasaran ekonomi.

Perancis dan AS tidak serta-merta bertindak balas pada siaran dalam Penerbitan Mediapart dan Liberation Perancis semalam. Bahan tersebut belum dapat secara serta-merta disahkan, tetapi WikiLeaks mempunyai rekod menyiarkan dokumen-dokumen kerajaan AS.

Minggu lepas, kumpulan tersebut mendedahkan NSA telah mengintip tiga presiden Perancis yang lepas, menimbulkan kemarahan dan kemaluan kerajaan Perancis, lalu memanggil duta AS untuk penjelasan.

Laporan baru berkata NSA memintas antara 2004 dan 2012 menunjukkan agensi tersebut mengintip dua menteri kewangan dan tiga pegawai kanan yang lain. Dokumen lain menunjukkan dari 2002 hingga 2012, NSA mengintip kesemua tawaran eksport Perancis yang bernilai lebih AS$200 juta, dari minyak dan gas kepada telekomunikasi dan bioteknologi.

Pegawai AS telah mengakui mereka mengumpul maklumat ekonomi sebagai sebahagian piawaian pengumpulan perisikan, tetapi telah lama pihak AS tidak melakukan perisikan ekonomi, yang ditakrifkannya sebagai mencuri maklumat ekonomi untuk kemanfaatan syarikat-syarikat AS. Ia mengatakan Perancis dan kebanyakan lagi negara juga menjalani perisikan tersebut.