WikiLeaks dedah lagi

WikiLeaks dedah lagi

BERLIN, 10 Julai (Reuters) – Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA) mengintip panggilan telefon yang melibatkan Canselor Jerman Angela Merkel dan penasihat-penasihat terdekat beliau selama bertahun-tahun dan mengintip kakitangan canselor sebelum beliau, menurut WikiLeaks.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu mengatakan NSA mengintip Merkel dan kakitangannya adalah lebih jauh lagi dan lebih meluas dari yang sebelum ini disedari. WikiLeaks mengatakan NSA menjadi sasaran bagi pengawasan jangka panjang ke atas 125 nombor telefon para pegawai tertinggi Jerman.

Pendedahan itu berisiko membaharui ketegangan antara Jerman dan AS sebulan selepas perbalahan berhubung pengintipan tanpa mereka ketahui, dengan Presiden AS Barack Obama mengisytiharkan di Bavaria bahawa kedua-dua negara itu adalah ‘sekutu yang tidak dapat dipisahkan’.

Seorang jurucakap kerajaan Jerman berkata semalam Berlin meneliti laporan terbaru itu dan mengulangi bahawa kejadian seumpama itu menjejaskan kerjasama perisikan Jerman dan Amerika.