Wild Oats keluar daripada perlumbaan

Wild Oats keluar daripada perlumbaan

SYDNEY, 27 Dis – Juara bertahan Wild Oats XI menjadi bencana terbesar di antara beberapa kapal yang dipaksa menarik diri semalam ketika angin kencang menghapuskan sebahagian besar Perlumbaan Perahu Layar Sydney ke Hobart yang didahului oleh peserta AS Rambler 88 hari ini.

Comanche menduduki tempat kedua di belakang bot George David, perayu layar Amerika yang bergelut meskipun berhenti sementara daripada perlumbaan selepas mengalami kerosakan kemudi, seterusnya memilih untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan.

Takala pemimpin perlumbaan menuju ke Selat Bass, Ragamuffin 100 pimpinan Syd Fischer berada di tempat ketiga tetapi keadaan diramalkan berubah mendadak tatkala kumpulan kapal berkenaan menuju ke selatan.

Angin diramalkan reda daripada 40 knot yang dialami semalaman yang menyebabkan lebih 10 buah bot menarik diri daripada perlumbaan.

Bot Australia Wild Oats XI, yang berharap memecah rekodnya sendiri untuk kemenangan kesembilan, keluar dengan layar utama terkoyak setelah menjadi mangsa kepada perubahan angin mendadak itu.

Wild Oats XI (tengah) yang terpaksa keluar daripada perlumbaan tersebut. – Reuters
Wild Oats XI (tengah) yang terpaksa keluar daripada perlumbaan tersebut. – Reuters

Bot lain mengalami kerosakan badan, tiang, stereng dan geladak tetapi walaupun jumlah perahu layar yang menarik diri meningkat pada pagi ini, kesemua krew setakat ini dilaporkan selamat.

Ketika sampai di Sydney, kapten Wild Oats XI Mark Richards berikrar akan cuba sekali lagi pada 2016, menafikan pengubahsuaian yang dilakukan pada perahu layar pada awal tahun ini ada kena mengena dengan penarikan diri awal berkenaan.

“Kami berada di tengah badai hujan,” beritahu Richards kepada wartawan. “Kami kehilangan enjin utama bot, yang merupakan layar utama. Maka segalanya berakhir.

“Ia boleh jadi perlumbaan sesiapa,” tambahnya. “Sesiapa yang memenanginya, ia adalah pemenang yang layak, itu sudah pasti.”

Di antara bot lain terpaksa keluar adalah Perpetual Loyal, di mana krewnya termasuk bekas kapten kriket Australia Michael Clarke. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA