Wilian penyelamat Mourinho

Wilian penyelamat Mourinho

LONDON, 5 Nov (AFP) – Willian (gambar) mengurangkan tekanan pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang berdepan masalah, apabila sepakan percuma mengagumkan pemain Brazil itu mencipta kemenangan penting 2-1 ke atas Dynamo Kiev dalam aksi Liga Juara-Juara semalam.

Pegangan lemah Mourinho pada jawatannya nampak semakin goyah apabila Aleksandar Dragovic dari Dynamo mengimbangi gol sendiri pada separuh masa pertama dengan gol penyamaan lewat jaguh Ukraine itu.

Tetapi dengan permainan tinggal tujuh minit di Stamford Bridge, pemain sayap Brazil, Willian menyelesaikan sepakan percuma penuh sensasi sejauh 30 ela memasuki sudut atas untuk memberikan kemenangan kedua Chelsea dalam sembilan perlawanan terakhir mereka.

pg20_151106_b

Kegagalan menumpaskan Dynamo akan mengakibatkan jaguh Inggeris itu dalam kedudukan bahaya untuk mendapat tempat dalam 16 pasukan terakhir, namun aksi Willian melonjak mereka ke tempat kedua dalam kumpulan G dan meletakkannya kembali kepada aksi kelayakan dengan tinggal lagi aksi menentang Maccabi Tel Aviv dan Porto.

“Kemenangan itu adalah kelegaan besar. Para pemain layak mendapat ganjaran hasil kerja keras mereka,” kata Mourinho. “Kebanyakan pemain datang daripada tahap biasa di sebalik memiliki perasaan sebagai sepasukan apabila muncul detik-detik negatif.

“Perbezaan hari ini ialah kami memiliki keyakinan dalam detik negatif. Pasukan mantap dari segi mental. Mereka terus berusaha dan saya gembira dengan itu.”

Di tengah semua perbualan di bilik persalinan daripada sekumpulan pemain yang tidak gembira dengan pengurusan tegasnya, jurulatih warga Portugal itu terus menegaskan dia tidak akan dipecat dan kapten John Terry mempertahankannya Selasa lalu dalam cara penuh semangat.