Willett sertai Jelajah PGA

Willett sertai Jelajah PGA

Amerika Syarikat, 19 April (Reuters) – Juara Golf Masters terbaru Danny Willett dari England telah menyertai Jelajah PGA berikutan kemenangannya pada Ahad lalu di Augusta National kejohanan utama tahun ini, menurut pengumuman jelajah kelmarin.

Pemain berusia 28 tahun itu akan menerima lima tahun pengecualian pada jelajah AS yang akan berjalan sehingga musim 2020-21 berdasarkan kemenangan tiga pukulan yang ditunjukkannya dalam meraih trofi utama sulungnya itu.

Setakat ini pada musim 2015-16, Willett telah meraih tiga penyudahan lima teratas dalam lima permulaan dalam acara-acara jelajah AS dan naik ke tangga ke-9 dalam ranking dunia.

Willett, yang mempunyai lima kemenangan dalam Jelajah Eropah, juga telah memenangi kejohanan Dubai Desert Classic musim ini.

Danny Willett dengan jaket hijau bergambar bersama keluarganya selepas memenangi kejohanan masters pembukaan musim ini. – AFP
Danny Willett dengan jaket hijau bergambar bersama keluarganya selepas memenangi kejohanan masters pembukaan musim ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA