William, Kate jelajah India

William, Kate jelajah India

MUMBAI, 10 April (AFP) – Putera Britain, William dan isterinya, Kate bermain kriket bersama kanak-kanak dan meletakkan jambangan bunga kepada mangsa serangan Mumbai 2008 ketika mereka memulakan jelajah India mereka hari ini.

Pasangan diraja itu mempamerkan kemahiran bermain kriket mereka di Oval Maidan barat India selepas bertemu perwakilan daripada tiga badan kebajikan dan beramah mesra bersama legenda kriket India, Sachin Tendulkar dan Dilip Vengsarkar.

Kate, memakai gaun tunik panjang berwarna hijau dan merah jambu rekaan pereka India, Anita Dongre, menghantar bola dengan pukulan yang cukup bagus sementara William turut memukul enam bola, meskipun serupa sebiji bola tenis dan sempadan yang sangat pendek.

Duke dan Duchess of Cambridge menerima sambutan mesra pada lawatan rasmi pertama mereka ke benua kecil daripada penduduk India yang telah lama kagum dengan pemerintahan beraja bekas ketua jajahannya.

Bonda Puteri William, Puteri Diana telah mencetuskan sensasi apabila beliau dalam gambar beliau yang diambil memperlihatkan beliau nampak sayu di hadapan Taj Mahal di Agra pada tahun 1992, dan lawatan beliau tidak lama lagi ke makam batu marmar bersama Kate telah mengundang desas-desus media India.

Putera William, dan Duchess Cambridge, Catherine, ketika berada di memorial di Hotel Taj Mahal Palace di Mumbai. – AFP
Putera William, dan Duchess Cambridge, Catherine, ketika berada di memorial di Hotel Taj Mahal Palace di Mumbai. – AFP

Sorotan lain lawatan seminggu mereka termasuklah lawatan ke Taman Negara Kaziranga di negeri Assam dan lawatan dua hari di Bhutan, yang mana merek akan mengadakan pertemuan dengan raja dan permaisuri negeri Himalaya itu dibawa berjalan kaki selama enam jam.

Mereka mendarat di Mumbai sejurus selepas 11 pagi (0530 GMT) dan meletakkan jambangan bunga di memorial di hotel Taj Mahal Palace sekitar 12:45 petang, tempat keselamatan adalah ketat.

“Pasangan diraja kemudian beramah mesra dengan kakitangan @TajMahalMumbai yang membantu melindungi para tetamu semasa serangan itu,” yang membunuh 166 orang, kebanyakannya dalam hotel lima bintang mewah, tweet Kensington Palace.

Di medan itu mereka dimaklumkan mengenai hasil tiga badan kebajikan tempatan yang membantu beberapa kanak-kanak yang paling mudah terdedah di Mumbai. Mereka juga menyertai pelancongan bas terbuka bersama kanak-kanak yang menerima bantuan daripada persatuan bukan kerajaan.

Selepas bermain kriket, William dan Kate menuju ke kompleks purba Banganga Tank, sebahagian dari kuil dan tapak penting dalam mitologi Hindu, di mana pondok sementara terletak di bawah pencakar langit mewah di daerah Malabar Hill.

Pada malamnya, pasangan diraja akan bertemu dengan bintang-bintang filem Bollywood dan komuniti perniagaan India pada acara karpet merah di hotel Taj Mahal Palace.