William mara ke separuh akhir

William mara ke separuh akhir

PARIS, 2 Jun (Reuters) – Serena William masih mencari rentak permainannya di kejohanan terbuka Perancis hari Isnin, walau bagaimanapun berjaya ke peringkat suku akhir apabila berjaya menahan tentangan daripada pemain Amerika Sloane Stephens dengan keputusan 1-6, 7-5, 6-3.

Stephens mematahkan servis juara 2002 dan 2013 itu sebanyak tiga kali di servis permulaan.

Williams yang merupakan juara grand slam 19 kali, mematahkan servis dua kali di set kedua bagi membalas tentangan.

Permainan Stephens mula goyah apabila William mematahkan servis untuk berada di hadapan 3-2 pada set penentu sebelum mengakhiri perlawanan di servis Stephen dengan pukulan lintang backhand winner.

Dia akan bertemu dengan pemain pilihan ke-17 Sara Errani bagi menempah tempat di separuh akhir kejohanan tersebut.

Williams yang melakukan 43 kesilapan (unforced errors), setakat ini belum mendapat tentangan hebat tahun ini dan melabelkan persembahan dirinya kurang profesional setelah mengalahkan pemain Jerman Anna-Lena Friedsam di pusingan kedua.

Dia juga melepaskan satu set ke pihak lawan di pusingan ketiga menentang bekas pemain nombor satu dunia Victoria Azarenka.