Williams bertemu pada suku akhir

Williams bertemu pada suku akhir

NEW YORK, 7 Sept (AFP) – Serena Williams yang memburu kalendar Grand Slam mara ke suku akhir Terbuka AS bersama adiknya Venus semalam sementara konkusi memaksa Eugenie Bouchard dari Kanada keluar daripada pertandingan.

Pemain nombor satu dunia itu beraksi dengan baik mencatatkan tiga kemenangan daripada penguasaan gelaran utama 2015 dengan menewaskan pilihan ke-19 dari AS, Madison Keys 6-3, 6-3.

Serena, yang bergelut dengan servisnya dalam dua kejayaan utama, melengkapkan 58 peratus daripada servis pertamanya dan hanya melakukan enam kesilapan mudah berbanding Keys, 19. Dia mencatatkan 70 peratus daripada mata bagi servis keduanya, hampir dua kali percubaan Key yang berkesan.

“Servis saya lebih baik. Saya juga membuat pukulan dengan kencang berbanding biasa yang saya lakukan,” kata Serena. “Satu–satunya peluang saya adalah untuk bermula dengan pantas. Saya hanya kekal di sana dan mampu untuk bertenang.”

Venus, pilihan ke-23, menewaskan pemain ranking ke-152 dari Estonia, Anett Kontaveit 6-2, 6-1 di Stadium Arthur Ashe, yang menyamai persaingan Grand Slam sejak mara ke separuh akhir Terbuka AS 2010.

Adik beradik Williams akan bertemu lagi pada peringkat suku akhir Terbuka AS. – Reuters
Adik beradik Williams akan bertemu lagi pada peringkat suku akhir Terbuka AS. – Reuters

“Kami berdua bersedia,” kata Venus. “Walaupun anda menentang adik, anda perlu bersedia dan fokus. Persediaan tersebut tidak berubah.”

Serena, yang memenangi kesemua empat gelaran tenis, cuba untuk melengkapkan kalendar pertama Grand Slam sejak Steffi Graf pada 1988 dan menyaingi rekod era Terbuka Graf bagi 22 kerjaya Slam dengan memenangi rekod Era Terbuka kali ketujuh Terbuka AS.

Tetapi Venus, dua tahun lebih tua dari Serena (35), akan berusaha ketika dia cuba untuk menambah koleksi trofi yang melibatkan gelaran Terbuka AS 2000 dan 2001 dan lima Wimbledon dan yang terbaru pada 2008.

“Saya tidak rasa sesiapa mahu menjadi penghalang. Saya rasa orang ramai suka untuk melihat sejarah dicipta,” kata Venus. “Tetapi pada masa yang sama, anda fokus untuk memenangi pertandingan walaupun keadaan begitu berbeza.”

ARTIKEL YANG SAMA