Williams dedah FW38

Williams dedah FW38

LONDON, 21 Feb (Reuters) – Bekas juara dunia Williams berharap kenderaan FW38 Formula Satu baru mereka, yang dikeluarkan Jumaat lalu akan menangani masalah pada tahun lepas dan menjadi lebih cepat pada trek yang perlahan dan keadaan basah.

Williams Racing menjadi pasukan pertama mendedahkan jentera baharu mereka yang akan beraksi dalam kempen kejuaraan dunia F1 musim 2016.

Jentera FW38 itu dijangka mampu memperbaiki kedudukan pasukan Williams yang menamatkan kempen musim lalu di tempat ketiga selepas Mercedes dan Ferrari.

Pemilik pasukan, Frank Williams berkata, mereka mengekalkan Valtteri Bottas serta Felipe Massa dan berharap kedua-dua pemandu itu mampu mencatat kemenangan saingan pertama di Australia pada Mac depan.

“Williams kembali berada di kedudukan hadapan selepas menamatkan kempen di tangga ketiga bagi tempoh dua tahun berturut-turut. Ia satu pencapaian baik dan mencipta suasana hebat dalam pasukan.

“Kekal seperti kita bersaing dengan diri sendiri tetapi saya lebih berharap pasukan ini akan menunjukkan peningkatan dan hanya kemenangan menjadi pengukur pencapaian yang terbaik.

“Tahun ini, kami memiliki pasukan yang seimbang menerusi gandingan Bottas dan Massa untuk tahun ketiga. Idea mereka akan memberi kelebihan kepada jurutera pasukan,” kata Williams.

Selain itu, Williams juga yakin terhadap tahap persediaan pasukan itu untuk sekali lagi memberikan saingan pada saingan perlumbaan Grand Prix Australia.

“Kami mengharungi jadual padat dalam tempoh beberapa minggu ini untuk menguji dan menyesuaikan (pelarasan) jentera sebelum bermulanya perlumbaan pertama musim ini.

“Kami akan menunggu sehingga perlumbaan di Melbourne untuk melihat keupayaan jentera, tetapi saya yakin hasil kerja kami,” jelasnya.

Ia akan membuat debut pencapaiannya di Barcelona Circuit de Catalunya pada hari Isnin pada permulaan ujian pra-musim.