Williams mara ke suku akhir

Williams mara ke suku akhir

TORONTO, Kanada, 14 Ogos (AFP) – Pemain nombor satu dunia Serena Williams meneruskan penguasaannya ke atas Andrea Petkovic dari Jerman dengan kemenangan 6-3, 6-2 pada pusingan ketiga Piala Rogers WTA semalam.

Pilihan utama itu mencatatkan 28 kemenangan dan menghasilkan sembilan aces untuk menyingkirkan pilihan ke-16 Petkovic bagi kali kelima berturut–turut. Williams, yang tidak pernah menghadapi break point, mempertahankan kesemua sembilan servis permainannya dan bekerja keras dalam persaingan selama 62 minit di gelanggang, semalam.

Pemain dari AS itu mara ke suku akhir dan akan menghadapi Roberta Vinci yang mencatatkan kemenangan selepas menewaskan bintang yang semakin menyerlah Daria Gavriloa dengan kemenangan 6-4, 6-3.

Williams menewaskan Vinci dalam tiga pertemuan sebelumnya. Pilihan kedua Simona Halep mencatatkan satu ace pada mata penamat untuk menewaskan Angelique Kerber 6-3, 5-7, 6-4 dan mara ke suku akhir.

Kerber mencatatkan kemenangan ketujuh berturut–turut dan menjulang gelaran keempatnya pada 2015 selepas memenangi pertandingan Stanford minggu lalu. Halep membuat servis dengan bagus semalam, terutamanya pada set ketiga di mana dia bangkit setelah ketinggalan 3-2.