Williams masih dalam pertandingan

Williams masih dalam pertandingan

PARIS, 4 Jun (Reuters) – Jika terdapat sebarang keraguan bahawa Serena Williams akan memenangi gelaran Terbuka Perancis ketiga pada pertandingan tahun ini, ia dengan segera dilenyapkan dalam kemenangan suku akhir ke atas Sara Errani semalam.

Pemain nombor satu dunia itu, juara Roland Garros pada 2002 dan 2013 mengalami beberapa masalah dalam tiga pusingan sebelumnya, tetapi kejayaan 6-1 6-3 ke atas pemain terbaik gelanggang tanah liat dari Itali itu menunjukkan pemain dari AS itu masih menjadi pilihan jelas untuk memenangi satu lagi Piala Suzanne Lenglen.

Williams sekarang menghadapi Timea Bacsinzky dari Switzerland, yang menewaskan pemain sensasi dari Belgium, Alison van Uytvanck 6-4, 7-5 bagi merebut tempat ke peringkat akhir, sama ada juara 2008 Ana Ivanovic atau Lucie Safarova dari Czech menunggu.

Setelah tewas pada set pertama dalam tiga perlawanan sebelum, Williams berharap untuk bermula dengan baik dan berjaya melakukannya, mematahkan servis permainan pertama Errani.

Walaupun pukulan bakchand Errani serta-merta mematahkan semula servis lawan, tetapi Williams lebih bersemangat dan mendominasi pertandingan itu sepenuhnya.

Serena William (kanan) bergambar bersama Sara Errani (kiri) sebelum memulakan perlawanan. – Reuters
Serena William (kanan) bergambar bersama Sara Errani (kiri) sebelum memulakan perlawanan. – Reuters

“Saya berasa lebih banyak kawalan, dan saya merasakan saya perlu bangkit, menentang pemain yang beraksi dengan baik di permukaan ini,’ kata Williams, yang hanya berada dalam tiga separuh akhir sebelumnya di kejohanan Terbuka Perancis.

Pemain dari Amerika Syarikat itu berkata dia tidak merasakan tekanan memburu gelaran grand slam yang ke-20.

“Saya tidak meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas diri saya…saya terkejut, saya masih dalam pertandingan, jadi ini menarik bagi saya,” katanya.

Williams tidak dijangka akan bersaing dalam separuh akhir menentang Bacsinzky, yang menjadi wanita pertama Switzerland sejak Martina Hingis pada 2001 mara ke empat pemain terakhir di Roland Garros.

ARTIKEL YANG SAMA