Williams masih nombor satu, Kerber kecewa

Williams masih nombor satu, Kerber kecewa

PARIS, 23 Ogos – Serena Williams berada dalam nombor satu ranking dunia WTA semalam, selepas Angelique Kerber tergelincir untuk mengalahkan Karolina Pliskova dalam aksi perlawanan akhir di kejohanan Cincinnati.

Pemain daripada Jerman, Kerber boleh saja menamatkan kejuaraan 22 kali kejohanan utama yang telah memegang sebagai pemain nombor satu dunia selama 184 minggu, jika Kerber berjaya dalam kejohanan Cincinnati itu.

Tetapi pemain juara bertahan Terbuka Australia itu tewas 6-3, 6-1 kepada Republik Czech, Pliskova, yang berubah kedudukannya dari 17 hingga ke-11 dunia.

Aksi Kerber semasa menentang Pliskova pada final kejohanan Western & Southern Open di Mason, Ohio. – AP
Aksi Kerber semasa menentang Pliskova pada final kejohanan Western & Southern Open di Mason, Ohio. – AP

Pemain daripada Amerika, Williams, telah menarik diri daripada untuk mempertahankan kejuaraannya di Kejohanan Cincinnati oleh kerana kecederaan yang dialami, dimana beliau kini hanya mempunyai tiga minggu lagi untuk memecahkan rekod Steffi Graf bagi pemain yang paling lama menduduki teratas dalam ranking dunia tersebut.

Satu-satunya perubahan dalam 10 teratas adalah Agnieszka Radwanska merebut kembali tempat keempat dari Simona Halep, yang tewas oleh Kerber dalam separuh akhir. – AFP