Williams nyaris tersingkir

Williams nyaris tersingkir

PARIS, 31 Mei (Reuters) – Pemain nombor satu dunia, Serena Williams memerlukan semua kualiti permainannya untuk menewaskan Victoria Azarenka 3-6, 6-4, 6-2 dan mara ke pusingan keempat kejohanan Terbuka Perancis semalam.

Pemain dari AS itu, juara di Roland Garros pada 2002 dan 2013, meluangkan masa lewat malam di Gelanggang Philippe Chatrier, tetapi menukar permainan tepat pada masanya, untuk menguasai enam permainan terakhir dengan kemenangan.

Kejayaannya bermakna, pemain berusia 33 tahun itu adalah wanita yang pertama dalam era professional untuk memenangi 50 perlawanan pada setiap empat kejohanan grand slam.

Meraikan dengan setiap mata kemenangan dengan menggenggam tangannya, Williams, 33, kembali bangkit dan mendahului 5-4 dengan satu ace.

Azarenka menyelamatkan tiga mata penamat dalam pertandingan seterusnya, memberikan persaingan setelah ketinggalan 0-40, tetapi Williams mencatatkan peluang keempat dan menerima kejayaan besar apabila Azarenka menghasilkan pukulan forehand ke luar baseline.

Serena Williams lega setelah berjaya mengalahkan Azarenka. – AFP
Serena Williams lega setelah berjaya mengalahkan Azarenka. – AFP

Williams melakukan dengan baik di sana setelah sedikit panggilan ‘out’ dan walaupun pengadil memeriksa keadaan itu dan mengisyitharkan pukulan Azarenka adalah terlalu bagus, mata ditayangkan semula- -yang mengganggi Azarenka.

“Dia melakukan panggilan lewat, dia menyatakan out, dia tidak mengangkat tangannya sehingga seperti lima minit kemudian. Tetapi ya, ini adalah tenis,” kata Williams.

Dia mendapatkan kelebihan dari nasib yang sangat baik, memenangi set dengan pukulan forehand kemenangan.

Azarenka hilang sebentar bagi mendapatkan rehat, tidak diragukan untuk bertenang seketika, lalu mendahului 2-0 dalam aksinya selepas kembali tetapi Williams sekali lagi meningkatkan tahap persaingannya.

Tiga pukulan backhand winners membantu Williams kembali kepada kedudukan 2-2 dan dengan keyakinan Azarenka menurun, dia bergerak untuk menamatkan dengan pantas menguasai beberapa permainan terakhir.

16 pukulan backhand winners darinya melengkapkan kebangkitan dan Williams meraikan dengan membuat putaran di baseline.