Willian kekal bersama Chelsea

Willian kekal bersama Chelsea

LONDON, 1 Ogos – Willian memutuskan untuk kekal di Chelsea kerana keinginannya memenangi lebih banyak trofi dan bermain dengan corak menyerang.

Pemain sayap Brazil itu menjadi pemain terbaik di Stamford Bridge musim lalu dan menarik minat Jose Mourinho untuk dibawa ke Manchester United. Dia melawan pujukan untuk perpindahan ke Old Trafford dan memilih untuk menandatangani perjanjian baharu selama empat tahun bersama Chelsea kerana percaya Antonio Conte akan membawa mereka kembali ke prestasi terbaik.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Jose, tetapi saya pemain Chelsea. Apabila seseorang seperti dia berminat terhadap anda, maka anda patut gembira – tetapi saya menandatangani kontrak kerana saya suka menjadi pemain Chelsea dan melihat beberapa perkara yang baik di sini.

Aksi Willian semasa menentang pasukan Real Madrid pada separuh masa pertama di Stadium Michigan Sabtu lalu di Ann Arbor, Michigan. – AFP
Aksi Willian semasa menentang pasukan Real Madrid pada separuh masa pertama di Stadium Michigan Sabtu lalu di Ann Arbor, Michigan. – AFP

“Ia menunjukkan kenapa saya mahu kekal di sini. Perkara utama, kerana saya mahu memenangi gelaran. “Untuk muncul juara anda perlu meningkat dan jika kami boleh berbuat demikian, jadi kami ada peluang besar musim ini,” katanya.

Willian menjangka Conte akan membawa kejayaan di Stamford Bridge lebih daripada apa yang peminat Chelsea dapat di bawah Mourinho.

“Kami perlu bermain bola sepak yang baik dan menyerang. Kami perlu bekerja keras dan apabila mendapat bola, kami perlu bermain dengan bagus,” kata pemain berusia 27 tahun yang ditandatangani dari Anzhi Makhachkala pada 2013. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA