Willian lanjut kontrak Chelsea

Willian lanjut kontrak Chelsea

LONDON, 13 Julai – Chelsea menganugerahkan pemain terbaiknya musim lalu yang juga perancang Brazil, Willian, kontrak baharu selama empat tahun semalam, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 27 tahun itu yang dibeli pada harga 32 juta pound daripada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala tiga tahun lalu selepas menewaskan jiran mereka, Tottenham Hotspur, dalam ulasan awal mengakui teruja dapat terus meneruskan kerjaya dengan Chelsea.

“Saya sangat gembira dapat menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea,” kata Willian kepada laman web berkenaan.

“Ia adalah impian menjadi kenyataan dapat terus bersama kelab ini dan dalam tempoh empat tahun akan datang, saya akan cuba untuk membantu pasukan memenangi lebih banyak kejuaraan.”

Willian yang menjaringkan 19 gol menerusi 140 penampilan, sebelum ini dikaitkan kemungkinan besar bersatu semula dengan bekas pengendali kelab Chelsea di Manchester United.

Willian melanjutkan tempohnya bersama Chelsea dengan perjanjian empat tahun lagi. – AFP
Willian melanjutkan tempohnya bersama Chelsea dengan perjanjian empat tahun lagi. – AFP

Bagaimanapun di sebalik kejayaan merangkul kejuaraan EPL dan Piala Liga di bawah kendalian Mourinho, Willian memilih untuk meneruskan kerjayanya di bawah pimpinan pengurus baharu kelab itu, Antonio Conte dari Itali.

“Adalah sesuatu yang menakjubkan bagi saya sepanjang menyertai kelab ini tiga tahun lalu. Saya sudah memenangi kejuaraan liga dan musim lalu, saya dipilih pula sebagai pemain terbaik Chelsea.

“Saya harap akan terus kekal pada tahap terbaik pada musim depan dan meraih lebih banyak kejayaan.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA