Wilshere cedera

Wilshere cedera

LONDON, 6 Ogos – Bintang tengah Arsenal, Jack Wilshere terpaksa disisihkan selama beberapa minggu selepas pengurus, Arsene Wenger mendedahkan terdapat keretakan di bahagian tulang kaki kirinya.

Pemain tengah kebangsaan England itu berdepan kecederaan selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya ketika sesi latihan dan Wenger berkata dia berkemungkinan tidak beraksi selama beberapa minggu.

“Maklumat yang kamu dengan mengenai Wilshere adalah tepat,” kata Wenger dalam laman web kelab itu. “Saya berdepan kejutan yang teruk kerana ia adalah retak di bahagian fibula dan ia membuatkannya tidak dapat beraksi selama beberapa minggu,” katanya.

“Ia adalah kecederaan yang minimum berbanding kerosakan tulang – tiada kecederaan lain selain itu. Ia disebabkan perlanggaran ketika latihan dan ia adalah tidak disengajakan.”

Wilshere terlepas aksi pembukaan Arsenal selepas retak bahagian fibula semasa latihan. – Reuters
Wilshere terlepas aksi pembukaan Arsenal selepas retak bahagian fibula semasa latihan. – Reuters

Wilshere,23 yang beraksi cemerlang bersama Gunners memiliki sejarah panjang kecederaan terutama di bahagian buku lali dan tersisih lebih lima bulan musim lalu selepas menjalani pembedahan di pergelangan kaki kirinya.

Arsenal yang menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan Piala Perisai Komuniti minggu lalu akan membuka kempen baharu Liga Perdana Inggeris menentang West Ham pada Ahad ini. – AFP