Wilshere mohon maaf

Wilshere mohon maaf

LONDON, 4 Jun (AFP) – Jack Wilshere dari Arsenal didakwa dengan salah laku selepas mengetuai penyokong kelab itu dalam melaungkan sesuatu ke atas Tottenham Hotspur ketika perarakan kemenangan Piala FA mereka, Persekutuan Bola Sepak mengumumkan semalam.

Wilshere, 23, mendapatkan mikrofon dan mengetuai peminat dalam dua laungan mengenai pesaing mereka Spurs ketika perarakan di atas bas pada Ahad lalu di Utara London, sehari selepas kemenangan Arsenal 4-0 ke atas Aston Villa dalam perlawanan akhir Piala FA.

Setelah diberi amaran oleh FA kerana melakukan perkara yang sama ketika perarakan Piala FA musim lalu, pemain midfield England itu menghadapi tindakan disiplin. “Jack Wilshere didakwa dengan salah laku berhubungkait dengan keraian Piala FA Arsenal pada 31 Mei 2015,” kata FA dalam kenyataan dalam laman sesawangnya.

“Ia didakwa di atas kelakukannya dalam membuat atau menghasut beberapa ulasan ketika jelajah trofi bas terbuka kelab itu adalah tidak sesuai dan menjatuhkan reputasi perlawanan.”

Wilshere, yang datang dari sistem belia Arsenal, mempunyai masa sehingga 5 petang pada 10 Jun untuk memberikan respons atas dakwaan itu.

Dia sudah menyuarakan kekesalannya mengenai sikapnya itu, menulis dalam laman Twitter: “Berkongsi kemenangan Piala berturut-turut dengan ramai penyokong Gooners adalah satu impian yang menjadi kenyataan. Saya memohon maaf jika saya mengecewakan atau menyinggung sesiapa pun sewaktu keraian itu.”

Arsenal dengan segera mengeluarkan permohonan maaf ketika penyiaran media terhadap perarakan itu dan difahamkan telah bercakap kepada Wilshere mengenai sikapnya.

ARTIKEL YANG SAMA