Wira Australia dirai, prestasi terburuk sejak 1992

Wira Australia dirai, prestasi terburuk sejak 1992

SYDNEY, 24 Ogos – Australia telah mengetepikan pertengkaran mengenai prestasi atlet yang lemah hari ini bagi menyambut kepulangan wira pasukan Olimpik Rio negara itu.

Atlet negara itu telah kembali dengan hanya separuh pingat yang telah disasarkan – iaitu prestasi terburuk Australia sejak Sukan Olimpik Barcelona pada tahun 1992 – yang telah mencetuskan pertelingkahan.

Namun, Perdana Menteri Malcolm Turnbull telah memberi sokongan dan penghormatan kepada atlet-atlet berkenaan di hangar pesawat, lapangan terbang Sydney yang penuh sesak dan meriah.

“Setiap seorang daripada kamu adalah juara,” katanya kepada orang ramai yang menyokong.

“Prestasi kita tidak hanya diukur dengan pungutan pingat akhir.

Pasukan Olimpik Australia, Jessica Fox (kanan) dan Chloe Esposito bergambar selfie dengan pingat yang diperolehi sejurus kedatangan mereka bersama atlet-atlet lain di Sydney, kelmarin. - AFP
Pasukan Olimpik Australia, Jessica Fox (kanan) dan Chloe Esposito bergambar selfie dengan pingat yang diperolehi sejurus kedatangan mereka bersama atlet-atlet lain di Sydney, kelmarin. – AFP

“Kita komited untuk menyokong sukan di Australia, samaada daripada peserta kita itu berada di peringkat akar umbi, belia-belia muda lelaki dan perempuan, ataupun atlet elit seperti kamu,” kata Turnbull.

Australia berada di tangga ke-10 dalam pungutan pingat dengan mengutip lapan emas, 11 perak dan 10 gangsa.

“Bagi semua pihak warga Australia, tahniah … selamat pulang,” kata Perdana Menteri.

Chef de mission Kitty Chiller, yang terpaksa menjelaskan kepada orang ramai mengenai banyaknya kegagalan dan silap langkah para atlet negara itu.

“Seramai 421 atlet kita yang menempuhi perjuangan di Rio telah melakukan yang terbaik dan itu yang kita mahukan,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA