Wira Batman, Superman bawa keterujaan

Wira Batman, Superman bawa keterujaan

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 25 Mac – Watak wira Batman dan Superman telah membuat kemunculan di Pusat Membeli-Belah KBSentral di sini, bersempena tayangan filem Batman Vs Superman: Dawn of Justice di Cineplex, KBSentral.

Ramai pengunjung terutamanya kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan bersama watak wira berkenaan yang dilihat berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah berkenaan yang bermula semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, KBSentral Event Management mengambil kesempatan dengan tayangan filem berkenaan untuk menarik perhatian orang ramai dan memberi peluang serta kesempatan kepada mereka untuk beramah mesra serta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama watak-watak dari filem Batman Vs Superman: Dawn of Justice, di Cineplex, KBSentral
Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar bersama watak-watak dari filem Batman Vs Superman: Dawn of Justice, di Cineplex, KBSentral

pg09_160326_b

Sesi bergambar bermula sebelum mereka memasuki panggung wayang di Cineplex yang menayangkan filem tersebut pada jam 7 malam semalam tatkala lagu tema Batman Vs Superman dimainkan. Watak-watak dalam filem tersebut cuba mencuit hati peminat dengan melakukan beberapa aksi seperti yang ditayangkan dalam filem itu.

Dalam masa yang sama, dua buah syarikat tempatan, Maersk Drilling dan NBT Toyota cawangan Daerah Belait turut membawa seramai 32 orang kakitangan mereka untuk bergambar bersama watak-watak dalam filem itu lalu menonton filem tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA