Wira emas Indonesia dirai

Wira emas Indonesia dirai

JAKARTA, 23 Ogos – Pemenang pingat emas Olimpik Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir telah disambut meriah sebagai wira hari ini oleh ratusan penyokong dengan mengibarkan bendera negara itu dan melambai apabila juara badminton itu pulang.

Mereka tiba di lapangan terbang Jakarta untuk dengan suasana yang meriah dari orang ramai yang menunggu, sebelum membuat perjalanan mengelili kota diatas bas dua tingkat yang terbuka.

Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Menteri Sukan dan orang ramai yang telah menyokong mereka untuk “membantu mencapai kejayaan ini.”

“Mudah-mudahan dengan kejayaan kita ini boleh diulangi oleh remaja dan atlet lain, dan mudah-mudahan ini akan memberi motivasi kepada mereka,” katanya.

Tontowi Ahmad (tengah) dan Liliyanan Natsir (dua kiri) semasa meraikan kemenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta menuju Jakarta, kelmarin. – AP
Tontowi Ahmad (tengah) dan Liliyanan Natsir (dua kiri) semasa meraikan kemenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta menuju Jakarta, kelmarin. – AP

Pada majlis sambutan itu, Menteri Sukan Imam Nahrawi memuji kemenangan pemain apabila tercapai lapan tahun penantian untuk pingat emas Olimpik.

Ahmad dan Natsir adalah satu-satunya pemenang pingat emas Indonesia di Rio, menewaskan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying daripada Malaysia dalam acara beregu campuran badminton.

Ia adalah emas Olimpik pertama di negara itu sejak Sukan Olimpik di Beijing pada tahun 2008. – AFP