Wira Liverpool tewaskan Wigan tidak disenaraikan – Klopp

Wira Liverpool tewaskan Wigan tidak disenaraikan – Klopp

LIVERPOOL, 18 Julai – Barisan pemain muda Liverpool mencuri perhatian bagi mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic pada aksi persahabatan pramusim, namun pengendali Jurgen Klopp tidak akan menyenaraikan mereka bagi jelajah Amerika.

Antara yang menampilkan persembahan baik ialah dua pemain gantian, Ben Woodburn yang meledak gol kedua The Reds selepas gol pembukaan Danny Ings selain Trent Alexander-Arnold.

Prestasi Woodburn yang baru saja mendapat Sijil Pelajaran Am Pendidikan Menengah (GCSEs) mendapat pujian malah dia turut dibandingkan dengan pemain Arsenal, Aaron Ramsey.

Begitupun, Klopp menegaskan hanya segelintir pemain remaja akan mengikuti jelajah kelab itu di California, Amerika Syarikat bulan ini.

“Membenarkan mereka bermain adalah bukti akademi menjalankan kerja yang baik,” kata Klopp.

Klopp menegaskan wira muda Liverpool yang menewaskan Wigan tidak akan disenaraikan pada Jelajah Amerika, hanya segelintir pemain remaja sahaja akan mengikuti jelajah kelab itu di California, Amerika Syarikat bulan ini. – AFP
Klopp menegaskan wira muda Liverpool yang menewaskan Wigan tidak akan disenaraikan pada Jelajah Amerika, hanya segelintir pemain remaja sahaja akan mengikuti jelajah kelab itu di California, Amerika Syarikat bulan ini. – AFP

“Saya pasti buta jika tidak melihat bakat yang dimiliki pemain-pemain muda ini. Ia agak mudah.

“Saya seorang yang sabar. Saya boleh menunggu apabila mereka sudah bersedia. Kami akan memastikan yang mereka cukup dewasa, dan cukup baik.

“Di England, ramai pemain muda yang terbaik menyertai pramusim dan semua orang: ‘Oh, sebagus mana mereka? Dan mereka tidak terbabit.’ Saya tidak mahu seperti ini. Sesetengah mereka masih bersekolah.

“Tidak penting siapa yang pergi ke Amerika dan apa paling penting ialah latihan dalam kehidupan mereka,” kata pengurus kelahiran Jerman itu yang memperoleh kembali khidmat pertahanan, Philippe Coutinho yang pulang daripada bercuti selepas tugasan di Copa America.

Liverpool ketika ini sedang memburu pemain di bahagian pertahanan dan antara sasarannya ialah pemain Ausberg, Ragnar Klavan.

Kecederaan Mamadou Sakho dan Joe Gomez meninggalkan Klopp hanya bergantung kepada dua pemain senior, Dejan Lovren dan Joel Matip di bahagian pertahanan tengah. – Agensi