Wira Switzerland bertembung

Wira Switzerland bertembung

PARIS, 2 Jun (AFP) – Peminat-peminat Tenis Switzerland boleh menggosok tangan mereka dalam kegembiraan: Mereka pasti menyaksikan ada pemain mereka berada di separuh akhir di Roland Garros.

Roger Federer dan rakan senegaranya Stanislas Wawrinka akan bertembung di peringkat suku akhir bagi menempah tempat separuh akhir kejohanan.

“Ia (mungkin) menjadi pertandingan istimewa,” kata Federer, juara 2009. “Ia bukanlah pertandingan tradisi. Tidak terdapat banyak pemain Switzerland dalam persaingan itu. Ia selalu menjadi istimewa apabila bersaing sesama sendiri.”

Pertandingan itu menjadi pertandingan Terbuka Perancis yang baik bagi pemain tenis Switzerland setakat ini, dengan pilihan ke-23, Timea Bacsinzky juga sampai ke suku akhir dalam persaingan wanita.

Federer dan Wawrinka akan berdepan sesama sendiri bagi kali ke-19, dengan pemenang 17 kali Grand Slam memenangi 16 dari pertemuan sebelum mereka. Federer memenangi empat persaingan mereka dalam pertandingan Grand Slam.

Bagaimana pun, Wawrinka, juara Australia 2014, mempunyai kekuatan di atas gelanggang tanah liat. Dua kemenangannya ke atas Federer di atas permukaan yang perlahan, terbaru di Monte Carlo Masters pada tahun lepas.