Wira-wira Ultraman disambut meriah

Wira-wira Ultraman disambut meriah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Para peminat setia Ultraman, petang tadi, berpusu-pusu menyambut kemunculan lapan wira Ultraman ke negara ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi acara ‘Ultraman Live in Brunei 2016’.

Sorakan kanak-kanak yang riang kedengaran apabila Ultraman, Ultraman Zero, Ultraman Tiga, Ultraman Ginga, Ultraman Taro, Ultraman Seven, Ultraman Mebius dan Ultraman Cosmos (Luna model) muncul di Dewan Ketibaan.

Peluang keemasan itu tidak dilepaskan para peminat, khususnya kanak-kanak untuk merakam gambar bersama wira-wira kegemaran mereka dari Jepun itu.

Acara persembahan langsung anjuran Human Capacity Building Consultancy Service yang akan diadakan pada 18 hingga 28 Mac ini adalah untuk memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak untuk melihat secara lebih dekat wira-wira yang didatangkan dari Jepun itu di samping memberikan kesempatan untuk bergambar bersama wira-wira kegemaran mereka.

Seorang kanak-kanak sempat merakamkan gambar kenangan bersama Ultraman Zero.
Seorang kanak-kanak sempat merakamkan gambar kenangan bersama Ultraman Zero.
Barisan wira-wira Ultraman yang akan terlibat dalam acara ‘Ultraman Live in Brunei 2016’.
Barisan wira-wira Ultraman yang akan terlibat dalam acara ‘Ultraman Live in Brunei 2016’.
Ultraman Tiga disambut meriah di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Ultraman Tiga disambut meriah di Dewan Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Bakal diadakan di Amfiteater Taman Permainan Jerudong, acara itu juga bertujuan menarik pengunjung dari negara-negara jiran ke Brunei, dan juga sebagai galakan bagi penduduk tempatan untuk berada di dalam negara ketika cuti penggal persekolahan nanti.

‘Ultraman Live in Brunei 2016’ juga akan mengadakan jerayawara bermula esok sehingga 20 Mac di beberapa lokasi seperti di The Times Square, KBSentral, Hua Ho Manggis, Frescho, Hua Ho Tanjung Bunut, Yayasan, Gong Cha, Cheezbox dan beberapa buah sekolah di negara ini.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual pada harga $28, $38 dan $50, di samping itu, mereka yang membeli tiket $45 akan diberi jam Ultraman secara percuma.

ARTIKEL YANG SAMA