Wizards menang, kawal gerakan Westbrook

WASHINGTON, 14 Feb – Markieff Morris menjaringkan 23 mata ketika pasukan Washington Wizards, memanfaatkan kelebihan daripada malam sukar Russell Westbrook, untuk menewaskan Oklahoma City Thunder 120-98 semalam.

John Wall mencatatkan 15 mata dan 14 asis dan Bradley Beal menjaringkan 22 mata ketika kesemua lima pemain awal menjaringkan gol dua digit bagi pasukan Wizards, yang mendahului sehingga 34 mata.

Washington mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut, 10 daripada 11 pada keseluruhannya dan yang terbaik Eastern Conference dengan 17-5 sejak Tahun Baru.

“Ia sudah pasti bermula dengannya,” kata Beal mengenai menghalang Westbrook. “Menghalangnya selama yang mungkin, menghindarkannya dari permainan. Membiarkannya melakukan banyak lompatan sukar.

“Ia adalah perlawanan yang kami mahukannya beraksi. Dia tidak selesa dengannya. Kami menyukarkannya dan keseluruhan serangan mereka untuk terus mara.”

Pemain Washington Wizards, Trey Burke (33) melakukan faul ke atas bintang Oklahoma City Thunder, Russel Westbrook (0) dalam aksi separuh masa pertama NBA di Washington. – AP
Pemain Washington Wizards, Trey Burke (33) melakukan faul ke atas bintang Oklahoma City Thunder, Russel Westbrook (0) dalam aksi separuh masa pertama NBA di Washington. – AP

Westbrook menjaringkan 17 mata bagi Thunder, tetapi calon bagi NBA Most Valuable Player itu jauh daripada rentak untuk menghasilkan triple-double.

“Saya melakukan apa yang saya mahukan. Saya hanya terlepas,” kata Westbrook. Pemain itu hanya beraksi 24 minit.

Ia adalah minggu yang agak sukar bagi Westbrook. Kurang dari 48 jam selepas persaingan emosi menentang bekas rakan sepasukannya. Bintang Golden State Warriors, Kevin Durant, menamatkan dengan empat ‘rebound’ dan empat asis sambil melakukan jaringan lima dari 19 dari atas gelanggang.

“Dia mengharungi malam yang sukar,” kata jurulatih Washington, Scott Brooks, yang melatih Westbrook di Oklahoma City bagi tujuh musim. – AFP