Wizards padam serangan Cavs

LOS ANGELES, 23 Feb – Cleveland Cavaliers kembali daripada rehat NBA All Star dengan kekalahan hari ini, 110-103 kepada Washington Wizards meskipun LeBron James mencatatkan 32 mata.

Pasukan Cavaliers tidak pernah tumpas sejak menjual enam orang pemainnya dan menerima empat pemain pada tarikh akhir penjualan pada 8 Februari lalu, dan kemudian memenangi empat pelawanan berturut-turut sebelum rehat All-Star.

James, yang menerima anugerah Most Valuable Player (MVP) All-Star ketiganya Ahad lalu dalam permulaan berturut-turut kali ke-14 dalam perlawanan pertunjukkan pertengahan musim, telah mencipta 13 dari 18 lontaran, mencatatkan sembilan ‘rebound’ dan lapan asis.

Dia menjadi pemain ketujuh dalam sejarah NBA dengan catatan 11,000 jaringan, mencatatkan 14 mata terakhir Cleveland dalam kekalahan itu.

“Kami benar-benar memperlihatkan persembahan yang sangat baik,” kata James.

Pemain Cavs, Tristan Thompson (tengah) diasak oleh dua pemain Wizards, Marcin Gortat (kiri) dan Markieff Morris ketika cuba mendapatkan bola yang melantun dalam saingan sengit NBA di Cleveland. – AP

“Kami bermain bersungguh-sungguh, namun rehat selama sembilan hari jelasnya memberikan kesan kepada kami.”

Pasukan Cavs ini telah mendahului dengan 12 mata dalam suku kedua, tetapi mereka hanya berjaya menghasilkan lapan dari 35 dari jarak ‘three-point’ ketika Wizards, yang masih tanpa John Wall, meraih kemenangan itu.

Bradley Beal telah mencatatkan 18 mata untuk menerajui Wizards, yang kini separuh perlawanan ketinggalan di belakang Cleveland bagi tempat ketiga dalam Eastern Conference.

Mendahului 82-79 memasuki suku keempat, Cleveland mencipta pendahuluan 89-88 dengan ‘three-pointer’ Kyle Korver dengan masa berbaki 9:42.

Namun Washington mencatatkan sembilan mata untuk meraih semula pendahuluan.

“Masih banyak kerja yang perlu dilakukan,” kata James. “Tidak akan mudah mencapai kejayaan tanpa mengira keseronokan sebelum rehat.

Banyak lagi yang harus kami laksanakan, kami tidak membuat banyak lontaran.”

Jika rehat All-Star memperlahankan Cavs, nampaknya ia telah memberikan tenaga kepada juara bertahan Golden State Warriors, yang telah mengekang Los Angeles Clippers, 134-127 di Oakland. – AFP