Wolf baham CSKA

Wolf baham CSKA

WOLFSBURG, Jerman, 16 Sept (AFP) – VfL Wolfsburg mencabar kumpulan pilihan Kumpulan B, Manchester United sebelum berhadapan di Old Trafford dalam tempoh dua minggu lagi dengan kemenangan 1-0 ke atas CSKA Moscow hari ini.

Pemain tengah Jerman Julian Draxler menjaringkan gol pertama bagi kelab baru ketika Wolfsburg muncul kembali ke Liga Juara-Juara selepas hilang enam tahun, dengan kemenangan ke atas kelab sama yang pernah mereka tumpaskan 3-1 pada kemunculan pertama mereka pada September 2009.

Wolfsburg berdepan United di tempat lawan dalam perlawanan seterusnya dalam Liga Juara-Juara pada 30 September ketika pasukan Louis van Gaal tewas 2-0 di PSV Eindhoven semalam untuk meninggalkan jaguh Belanda itu di tangga teratas kumpulan.

Kemenangan ke atas Moscow menjadikan Wolfsburg menduduki tempat kedua dengan perbezaan gol.

“Itu adalah permulaan yang baik dan ini adalah perlawanan yang mesti dimenangi,” kata pengarah sukan Wolfsburg, Klaus Allofs.

“Kami terus bermain sebaik yang telah kami lakukan dalam separuh pertama dan meskipun kami tidak mengambil peluang kami, saya gembira dengan kesabaran yang telah ditunjukkan.”

“Kami sangat selamat di belakang yang menjadi asas baik,” dia menambah kata dengan merujuk kepada pemain pertahanan Wolfsburg dari Brazil, Dante dan Naldo.” Ini adalah persembahan yang terutamanya mengagumkan dari Draxler, yang menjadi pemain tengah Jerman pada kemunculan keduanya bagi Wolfsburg.

Pemain berusia 21 tahun ini membuka jaringan pada minit ke-40 ketika dia membuktikan mengapa Wolves membayar Schalke 36 juta euro bagi mendapatkan khidmatnya.

Bermain dalam peranan tengah serangan yang dikosongkan oleh perpindahan Kevin de Bruyne ke Manchester City, Draxler menyudahkan langkah yang dimulakannya.

Selepas hantarannya mendapati Max Kruse di ruang sayap kanan, Draxler memperkuatkan tandukannya ke arah penjaga gol Moscow Igor Akinfeev untuk mencipta gol kemenangan.

ARTIKEL YANG SAMA