Wolf lawan Dortmund untuk final Piala Jerman

Wolf lawan Dortmund untuk final Piala Jerman

BERLIN, 30 April – Borussia Dortmund akan menghadapi VfL Wolfsburg dalam Piala Jerman pada 30 Mei selepas kemenangan Wolfsburg 4-0 terhadap pasukan divisyen tiga Arminia Beilefeld pada separuh akhir kedua semalam.

Pemain penyerang Jerman Bawah-21, Maximilian Arnold menjaringkan gol pertama Wolfsburg dan jaringan terakhir dalam persembahan klinikal pasukan itu untuk menamatkan persaingan Bielefeld.

Luiz Gustavo dari Brazil dan Ivan Perisic dari Croatia juga menjaringkan gol di Schuco Arena, Bielefeld ketika pendahulu pasukan divisyen tiga itu dihukum kerana kealpaan pertahanan.

Wolfsburg, yang berazam menyertai Liga Juara–Juara musim depan dan di tempat kedua dalam kelompok pasukan teratas Jerman, menamatkan harapan Bielefeld untuk mara ke perlawanan akhir Piala Jerman mereka yang pertama.

Arminia menang ke atas Hertha Berlin, Werder Bremen dan Borussia Moenchengladbach dalam laluan mereka untuk beraksi dalam empat pasukan terakhir.

Pemain Wolfsburg meraikan kemenangan selepas membenam Arminia Beilefeld pada aksi separuh akhir Piala Jerman di Beilefeld semalam. – AFP
Pemain Wolfsburg meraikan kemenangan selepas membenam Arminia Beilefeld pada aksi separuh akhir Piala Jerman di Beilefeld semalam. – AFP

Arnold meletakkan pasukannya di depan lapan minit dengan larian ke dalam kotak penalti untuk menyudahkan hantaran Daniel Caligiuri. Caligiuri adalah ancaman dio sudut kiri dan memberikan umpanan bagi empat gol Wolfsburg.

Pemain midfield Luiz Gustavo membuat tandukan bagi gol kedua Wolfsburg dengan perlawanan sudah memasuki 32 minit apabila mendapatkan kedudukan terbaik dari sepakan sudut.

Perisic menambah gol ketiga pasukan pelawat pada minit ke-51 selepas beberapa gandingan menarik dalam kawasan penalti dari pemain midfield Belgium, Kevin de Bruyne dan Caligiuri.

Arnold menjaringkan gol kedua dan Wolves keempat, empat minit kemudian apabila meledakkan rembatan kaki kiri dari jarak dekat selepas mendapatkan kelebihan menerusi satu lagi hantaran Caligiuri. – AFP