Wolfs pecat Hecking

Wolfs pecat Hecking

BERLIN, 18 Okt – VfL Wolfsburg berpisah dengan jurulatih, Dieter Hecking semalam selepas permulaan mengecewakan dalam musim Bundesliga, menurut laporan media di Jerman.

Hecking, yang mengambil alih pada lewat tahun 2012, mengemudi Wolfsburg untuk kedudukan kedua dan kejayaan meraih Piala Jerman 2015.

Namun musim ini menyaksikan pasukannya hanya memungut enam mata setakat ini walaupun menandatangani pemain bintang seperti penyerang Jerman, Mario Gomez.

Gambar fail 29 November 2015 menunjukkan Hecking tiba untuk perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman antara FC Augsburg dan VfL Wolfsburg di Arena WWK di Augsburg, Jerman. Media Jerman berkata Wolfsburg telah memecat Dieter selepas permulaan yang teruk dalam musim Bundesliga. – AFP

Juara Jerman 2009 itu hanya menang perlawanan pertama daripada tujuh aksi manakala tewas tiga daripada empat pertemuan terakhir. Kelab berkenaan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Wolfsburg kini berkedudukan di tangga ke-14 selepas tewas 1-0 di laman sendiri ketika berdepan RB Leizpig, Ahad lalu.

Jurulatih bawah 23 tahun, Valerien Ismael akan mengambil alih selaku jurulatih sementara sehingga pengganti Hecking dilantik, kata laporan berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA