Wolfsburg benam Bayern julang Piala Super

Wolfsburg benam Bayern julang Piala Super

WOLFSBURG, Jerman, 2 Ogos (AFP) – Pemenang Piala Jerman, Wolfsburg mengejutkan juara Bundesliga, Bayern Munich menerusi sepakan penalti untuk memenangi Piala Super di Volkswagen Arena semalam.

Jaringan Arjen Robben pada separuh masa kedua dari jarak dekat dilihat menyelamatkan kemenangan Bayern, yang memburu kejayaan Piala Super pertama mereka sejak 2012 selepas kekalahan berturut–turut kepada Borussia Dortmund.

Tetapi pemain gantian Nicklas Bendtener – yang menjaringkan hanya satu gol dalam 18 kemunculan liga Wolves musim lalu – menyamakan kedudukan pada minit ke-89 selepas hantaran lintang pemain antarabangsa Belgium, Kevin De Brunye.

Tanpa masa tambahan, perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti dengan Xabi Alonso mengecewakan Bayern yang dibimbing Pep Guardiola tewas 5-4.

Alonso yang mengambil sepakan penalti kedua Bayern dikejutkan penjaga gol Wolfsburg dari Belgium, Koen Casteels yang menyelamatkan sepakannya dengan kaki, sementara Dieter Hecking untuk pasukan Wolfsburg berjaya menyelamatkan kesemua lima sepakan penalti lawan.

Pemain Wolfsburg mengejutkan Bayern menerusi sepakan penalti untuk menjulang Piala Super di Volkswagen Arena semalam. - AFP
Pemain Wolfsburg mengejutkan Bayern menerusi sepakan penalti untuk menjulang Piala Super di Volkswagen Arena semalam. – AFP

Bekas penyerang Arsenal, Bendtner juga menyempurnakan sepakan kemenangan bagi mengekalkan persembahan peribadi ketika Wolfsburg mencatatkan kejayaan pertama musim ini.

Bayern yang dikendalikan Pep Guardiola berada dalam perlawanan itu sebagai pilihan di tempat sendiri Bundesliga musim lalu di depan Wolfsburg yang berada di tangga kedua, yang membenam Bavarian 4-1 dalam pertemuan terakhir mereka di tempat itu.

Dalam perlawanan yang diadakan sebelum bermulanya setiap musim Bundesliga di antara juara liga kempen sebelumnya dan pemenang Piala Jerman, kedua-dua pasukan mempersembahkan permainan yang berkualiti tinggi dengan hantaran dan pergerakan yang menarik dan menghiburkan.