Wolfsburg catat sejarah

Wolfsburg catat sejarah

BERLIN, 31 Mei (Reuters) – VfL Wolfsburg menjaringkan tiga gol dalam tempoh 16 minit untuk bangkit setelah ketinggalan satu gol menewaskan Borussia Dortmund 3-1 semalam dan mencatatkan kemenangan pertama Piala Jerman mereka, yang menjulang kejayaan selepas musim yang sangat berjaya.

Wolves, menamatkan tangga kedua dalam Bundesliga, mengekori Dortmund mendahului lebih awal pada minit kelima di Stadium Olympic yang panas itu, tempat bagi persaingan akhir Liga Juara–Juara minggu depan di antara Barcelona dan Juventus.

Dortmund, yang berada dalam persaingan keempat mereka sejak 2008 dan berharap kemenangan akhir bagi jurulaith Juergen Klopp, bermula dengan baik apabila Pierre-Emerick Aubameyang melepaskan rembatan voli berikutan sepakan tinggi dari Shinji Kagawa.

Penjaga gol Mitch Langerak menafikan Wolfsburg dengan jaringan penyamaan yang pantas, menepis rembatan Ivan Perisic sekitar tiang gol, tetapi tidak dapat melakukan apa–apa apabila Luiz Gustavo menjaringkan gol yang melantun selepas penjaga gol dari Australia itu menyelamatkan sepakan kencang dari Naldo pada minit ke-22.

Kevin De Bruyne, pemain terbaik Wolfsburg musim ini dengan 10 gol dan 20 assist, menjaringkan gol pertamanya dalam Piala Jerman selepas 33 minit dan sebelum Dortmund pulih, tandukan Bas Dost lima minit kemudiannya menjadikan kedudukan 3-1.

Pasukan Wolfsburg bergambar ramai bersama trofi Piala Jerman. - AFP
Pasukan Wolfsburg bergambar ramai bersama trofi Piala Jerman. – AFP

Anggaran 130,000 peminat Dortmund berhimpun di ibu negara tetapi 50,000 dari mereka menyaksikan sedikit di stadium dari segi kebangkitan separuh masa kedua dari pasukan mereka.

Sebaliknya ia adalah Wolfsburg yang berbahaya ketika rehat, meninggalkan Klopp dengan penamat yang mengecewakan bagi menamatkan tujuh tahun kejayaan di Dortmund yang melibatkan dua gelaran liga, dua Piala Super Jerman, satu Piala Jerman dan Liga Juara–Juara pada 2013.

Bagi Wolfsburg, yang didokong oleh pembuat kereta, Volkswagen, ia adalah trofi pertama mereka sejak memenangi Bundesliga pada 2009 dan 20 tahun selepas satu–satunya kemunculan mereka sebelumnya dalam perlawanan akhir Piala Jerman.