Wolfsburg elak sejarah berulang

Wolfsburg elak sejarah berulang

BERLIN, 26 Feb (AFP) – BERLIN, 26 Feb, 2016 – Wolfsburg terdesak untuk menamatkan sejarah yang mungkin berulang apabila mereka menerima kunjungan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, esok.

Sejarah dibelasah 5-1 di Allianz Arena pada September lalu dengan Robert Lewandowski yang masuk sebagai pemain gantian meledak kesemua jaringan itu dalam tempoh sembilan minit masih segar dalam minda pemain Wolfsburg.

Masalah kecederaan dan kesakitan bermakna Wolfsburg kini mempunyai 12 pemain yang bergelut untuk cergas bagi menghadapi anak didik Pep Guardiola di Arena Volkswagen.

Bayern mendahului lapan mata pasukan tangga kedua Borussia Dortmund dan dibezakan 28 mata dengan Wolfsburg yang berada di kedudukan kelapan.

Pertahanan Wolfsburg yang juga bekas pemain Bayern, Dante berkata hanya satu cara untuk mengekang Lewandowski adalah dengan mematikan hantaran bola kepadanya. “Jika kami bertahan sebagai satu pasukan dan bola tidak sampai kepadanya, maka dia benar-benar tidak boleh melakukan apa-apa,” kata pemain Brazil itu.

“Kami perlu turun dengan semangat sebenar dan setiap hantaran mesti tepat kepada sasaran.”

Empat hari selepas keputusan seri 2-2 di Juventus dalam Liga Juara-Juara, Guardiola menetapkan untuk menukar kedudukan pemain Skuad Bayern, terutama dengan pemain pertahanan Holger Badstuber, Jerome Boateng dan Javi Martinez, diketepikan.

Pemain sayap Franck Ribery boleh memulakan permainan Bundesliga pertamanya selama setahun, manakala jurulatih Wolfsburg Dieter Hecking boleh turun padang menjaga penjaga gol ketiga setelah Diego Benaglio cedera dan Koen Casteels pulih daripada selesema.