Wolves baham Gent

Wolves baham Gent

GHENT, Belgium, 18 Feb (AFP) – Julian Draxler meledak dua gol untuk membantu Wolfsburg mengesahkan kemenangan 3-2 ke atas Gent pada aksi Liga Juara-Juara, sekali gus membolehkan kelab Jerman itu berada pada landasan terbaik untuk layak ke suku akhir.

Pemain berusia 22 tahun itu meledak pada setiap babak dengan Max Kruse turut muncul selaku penjaring, namun dua gol lewat permainan daripada Gent sedikit sebanyak memberi harapan kepada juara Liga Belgium itu pada aksi kedua yang akan berlangsung di Wolfsburg, 8 Mac ini.

Draxler mempamerkan aksi cemerlang di Ghelamco Arena selepas dia turut menjadi watak penting ketika Wolfsburg membenam Manchester United 3-2 pada aksi akhir peringkat kumpulan yang menyaksikan anak buah Louis Van Gaal itu tersingkir ke Liga Europa.

Namun, juara Piala Jerman musim lalu itu kehilangan fokus penghujung permainan, selepas membenarkan Gent menjaringkan dua gol dalam tempoh 10 minit sebelum tamat perlawanan menerusi kapten pasukan, Sven Kums dan Kalifa Coulibaly.

“Kami tidak dapat mengekalkan fokus dan membuatkan kami kehilangan momentum. Kami memiliki kelebihan tiga gol namun akhirnya gagal mengekalkan keputusan sedemikian.

Midfield Wolfsburg Julian Draxler (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Gent untuk Liga Juara-Juara di Ghelamco Arena kelmarin. – Reuters
Midfield Wolfsburg Julian Draxler (kanan) menjaringkan gol semasa menentang Gent untuk Liga Juara-Juara di Ghelamco Arena kelmarin. – Reuters

“Apa pun, kami perlu sentiasa kekal positif kerana segala-galanya berada dalam tangan kami,” kata Draxler.

Tekanan berterusan pasukan pelawat berhasil sebelum rehat apabila Draxler mencipta gol pembukaan yang hebat. Dia menunjukkan mengapa Wolfsburg membayarnya 35 juta euro (AS$39.4 juta) untuk menandatanganinya dari Schalke Ogos lalu dengan mengatasi Thomas berhampiran garisan tepi sebelah kiri.

Draxler kemudian memecut merobek pertahanan dan bergandingan dengan Vieirinha sebelum menjaringkan hantaran ke bahagian bawah sudut kanan pada minit ke-44. Draxler menggandakan Wolfsburg selepas rehat apabila dia menerkam kesilapan pertahanan Gent.

Pemain berusia 22 tahun itu merampas hantara longgar, mengelecek Stefan Mitrovic dan melorongkan bola melepasi penjaga gol Gent Matz Sels pada minit ke-54.

ARTIKEL YANG SAMA