Wolves baham PSV

Wolves baham PSV

WOLFSBURG, Jerman, 22 Okt – Wolfsburg dari Jerman menjaringkan dua gol pada babak kedua sekali gus membaham PSV Eindhoven 2-0 untuk muncul sebagai peneraju Kumpulan B Liga Juara-Juara.

Selepas bekerja keras pada babak pertama, Bas Dost meledak sejurus selepas rehat untuk meletakkan pasukan Jerman itu di hadapan.

Max Kruse menyusul dengan tandukan pada minit ke-57.

Dalam satu petunjuk bahawa malam tadi bukan milik PSV, penjaga gawang Wolves dari Switzerland, Diego Benaglio berjaya menyelamatkan sepakan penalti.

Kemenangan itu meletakkan Wolfsburg dua mata di hadapan Manchester United di puncak kumpulan selepas United seri 1-1 dengan CSKA Moscow.

Penjaga gol Wolfsburg, Benaglio (kiri) meraikan kejayaan menyelamatkan penalti semasa menentang PSV semalam. – AFP
Penjaga gol Wolfsburg, Benaglio (kiri) meraikan kejayaan menyelamatkan penalti semasa menentang PSV semalam. – AFP

PSV di tangga tercorot walaupun hanya tiga mata di belakang pemimpin kumpulan.

Untuk Wolfsburg, kemenangan itu adalah satu lagi kejayaan selepas kemenangan 3-0 ke atas Hoffenheim dalam Bundesliga hujung minggu lalu.

Wolfsburg mencipta peluang pertama selepas lima minit permainan dengan Daniel Caligiuri dan Julian Draxler memaksa Jeroen Zoet bekerja keras bagi memastikan gawangnya tidak bolos.

PSV perlahan-lahan menemui rentak tetapi gagal mencipta peluang sebelum setengah jam selepas beberapa usaha jarak jauh Andres Guardado dan Jorrit Hendrix.

Selepas 35 minit berlalu, Wolfsburg pula menemui rentak.

Luiz Gustavo, Kruse dan Dost mempunyai peluang cantik dari kotak penalti dalam tempoh tiga minit, tetapi tiada seorang pun dapat menewaskan Zoet.

Kemudian rayuan penalti PSV ditolak selepas bola kelihatan terkena tangan Naldo. Pasukan pelawat kemudian mensia-siakan peluang terbaik babak kedua apabila tandukan Adam Maher tersasar selepas mendapatkan hantaran silang Simon Busk Poulsen dalam kotak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA