Wolves baham Real

Wolves baham Real

WOLFSBURG, 7 April (AFP) – Wolfsburg mencipta kejutan terbesar pada saingan Liga Juara Juara musim ini selepas menundukkan juara 10 kali, Real Madrid dengan keputusan 2-0 pada aksi pertama suku akhir, semalam.

Selepas membuat penampilan kedua dalam persaingan liga elit Eropah itu dan beraksi pada suku akhir buat kali pertama, Wolfsburg ternyata lebih unggul berbanding gergasi Sepanyol itu yang kini memiliki peluang cerah untuk mara ke separuh akhir menjelang aksi kedua di Bernabeu, minggu hadapan.

“Kami berada pada kedudukan yang baik dan sentiasa mampu menjaringkan gol,” kata jurulatih Wolfsburg, Dieter Hacking. “Kami mahu memberi sedikit tekanan kepada Real dan kami berjaya.”

Ricardo Rodriguez menyempurnakan penalti pada minit ke-18 sebelum Maximilian Arnold melebarkan jurang pada minit ke-25 dengan tuan rumah memperaga taktik serangan balas yang begitu baik sehingga menyaksikan Real Madrid tewas buat kali pertama dalam saingan Liga Juara Juara musim ini.

Pertahanan Wolfsburg, Ricardo Rodriguez (kiri) berjaya membolosi gawang Keylor Navas (kanan) melalui sepakan penalti kelmarin. – AFP
Pertahanan Wolfsburg, Ricardo Rodriguez (kiri) berjaya membolosi gawang Keylor Navas (kanan) melalui sepakan penalti kelmarin. – AFP

Gol Cristiano Ronaldo pada minit kedua dibatalkan kerana ofsaid namun bintang Madrid itu gagal untuk meledak gol ke-13 nya pada saingan elit Eropah itu.

“Kami bergelut pada aksi terbabit tetapi kami masih bertenang kerana ada lagi baki 90 minit di laman sendiri,” kata pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane.

Madrid melangkah ke perlawanan terbabit dengan kemenangan 2-1 ke atas Barcelona pada aksi ‘Clasico’ sementara Wolfsburg pula bergelut dalam liga selepas tewas 3-0 di tangan Bayer Leverkusen dan gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir liga.

“Kami tahu perlawanan terbabit menjadi sukar kerana Wolfsburg beraksi dengan lebih baik. Kami kurang bertenaga dan pergerakan dan sungguh tidak dijangka untuk tewas 2-0 kerana babak kedua berlangsung dengan baik, kata Zidane.