Wolves cuba baham Red Devils

Wolves cuba baham Red Devils

BERLIN, 8 Dis – Wolfsburg menegaskan mereka akan memanfaatkan setiap peluang untuk mencipta sejarah kelab itu dengan menewaskan Manchester United, awal pagi esok bagi mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Kelab Jerman itu kini mendahului Kumpulan B dan hanya memerlukan satu mata pada pertemuan dengan skuad bimbingan Louis van Gaal untuk mara ke pusingan 16 terbaik tetapi perlu menang untuk memastikan layak sebagai juara kumpulan.

Seramai 26,400 penonton dijangka hadir bagi menyaksikan perlawanan itu dengan penampilan kapten Jerman, Bastian Schweinsteiger bersama United menambahkan lagi kehangatan aksi.

“Kami bermain untuk menang,” kata jurulatih, Dieter Hecking dengan kekalahan mungkin menyebabkan Wolfsburg terlepas tempat ke pusingan 16 terbaik. “Saya pasti seluruh pasukan akan melakukan apa saja untuk mencipta sejarah”.

Dieter Hecking semasa menghadiri sidang akhbar di Wolfburg semalam, menjelang aksi menentang Unit-ed. - AFP
Dieter Hecking semasa menghadiri sidang akhbar di Wolfburg semalam, menjelang aksi menentang Unit-ed. – AFP

Wolfsburg masih diselubungi kekecewaan tewas 1-2 kepada Borussia Dortmund, Sabtu lalu apabila pemain tengah Jepun, Shinji Kawaga meledak gol kemenangan pada minit akhir perlawanan saingan Bundesliga itu.

Ia adalah kekalahan pertama Wolfsburg di laman sendiri sejak 29 perlawanan. – AFP