Wolves harap Draxler pulih

Wolves harap Draxler pulih

BERLIN, 8 Mac (AFP) – Wolfsburg sedang menunggu keputusan tahap kecergasan pemain sayap Jerman Julian Draxler untuk pertembungan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara bertemu Gent di laman sendiri, awal pagi esok.

Draxler menyumbang dua gol ketika Wolfsburg mencatat kemenangan 3-2 dalam aksi pertama di Belgium dan menjaringkan gol dalam dua kemenangan aksi Bundesliga ke atas Hanover 96 dan Borussia Moenchengladbach.

Muncul penjaring gol pembukaan ketika menundukkan Gladbach 2-1 Sabtu lalu, Draxler mengutip kecederaan ligamen lutut, tetapi dia terdesak membantu Wolfsburg mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.

“Ia sepatutnya menjadi OK sebelum Selasa,” kata pemain sayap berusia 22 tahun itu yang membuat 16 penampilan bersama Jerman dan menjadi sebahagian daripada pasukan juara Piala Dunia 2014.

Julian Draxler amat penting untuk pertembungan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara Wolfsburg menentang Gent, esok. – Reuters
Julian Draxler amat penting untuk pertembungan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara Wolfsburg menentang Gent, esok. – Reuters

“Maksud saya, pada hari Selasa kami bermain dalam Liga Juara-Juara. Dan harapan saya kaki saya boleh berlari seperti biasa. Ini adalah peluang terbaik untuk kami mencipta sejarah kelab.”

Penyerang Wolfsburg, Max Kruse turut mencetuskan kebimbangan tatkala dia bergelut dengan kecederaan paha selepas menjaringkan gol menentang Gladbach.

Juara bertahan Piala Jerman itu hadir dalam pertembungan berkenaan dengan motivasi terbaik selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Bundesliga minggu ini.

Tetapi sepatutnya mereka sudah sebelah kaki mara ke suku akhir jika tidak membenarkan Gent mengejar semula kedudukan 3-0 pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi jaringan kapten Sven Kums dan Kalifa Coulibaly.

ARTIKEL YANG SAMA