WoMen beri layanan 6 bintang

WoMen beri layanan 6 bintang

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – Salun rambut unisex terkenal Taiwan, WoMen telah bekerjasama dengan Fitness Zone, The Energy Kitchen, Restoran Excapade, Auto Pro dan Nail Artz untuk menawarkan perkhidmatan enam bintang bagi pelanggannya di negara ini.

Artis antarabangsa terkenal, Wu Chun yang memperkenalkan salun ini di Brunei, berkata bahawa kerjasama ini akan membawakan pengalaman luar biasa kepada para pelanggan dan rakan-rakan di bawah satu bumbung.

“Kami mahu membawa pengalaman hospitaliti ikhlas enam bintang ini kepada pelanggan. Di samping menikmati kek-kek dan kopi percuma, pelanggan kini boleh mendapatkan perkhidmatan penjagaan kereta ekspres, makanan menyelerakan dan perkhidmatan rawatan kuku semasa mendandan rambut,” beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut kenyataan WoMen, di samping perkhidmatan penghantaran percuma, Excapade menawarkan diskaun 10 peratus bagi menunya dan Fitness Zone menawarkan pengalaman ‘kesihatan baik’ selama seminggu kepada semua pelanggan salun berkenaan.

WoMen kini bekerjasama dengan Fitness Zone, The Energy Kitchen, Restoran Excapade, Auto Pro dan Nail Artz bagi memberikan perkhidmatan enam bintang kepada pelanggannya.
WoMen kini bekerjasama dengan Fitness Zone, The Energy Kitchen, Restoran Excapade, Auto Pro dan Nail Artz bagi memberikan perkhidmatan enam bintang kepada pelanggannya.