‘WoMen’ beri perkhidmatan percuma

‘WoMen’ beri perkhidmatan percuma

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Sikap beramal dan melakukan kerjakerja berkebajikan diterapkan dalam diri setiap kakitangan salun rambut terkenal dari Taiwan, WoMen Hair, yang terletak di Kiulap, di mana kakitangan berkenaan menghulurkan sumbangan berupa perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA), hari ini.

Dalam kesibukan tugasan harian, kakitangan salun itu masih meluangkan masa untuk melakukan kegiatan amal dengan memberikan peluang kepada kanak-kanak YASKA meraikan tahun baru dengan gaya rambut baru.

Hadir untuk sama-sama memeriahkan dan beramah-mesra dengan kanak-kanak YASKA pada majlis berkenaan ialah Pemilik WoMen Hair, Wu Chun di mana beliau menyatakan harapan melalui sumbangan itu, dapat memberikan semangat dan kegembiraan kepada pesakit-pesakit kanser untuk meneruskan perjalanan hidup mereka.

Antara kanak-kanak YASKA yang berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan percuma daripada WoMen Hair.
Antara kanak-kanak YASKA yang berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan percuma daripada WoMen Hair.
Wu Chun bergambar bersama salah seorang kanak-kanak YASKA.
Wu Chun bergambar bersama salah seorang kanak-kanak YASKA.

Melalui acara amal itu juga, diharap bakal menjadi permulaan untuk WoMen Hair dan YASKA untuk terus bekerjasama menghulurkan sokongan berterusan kepada kanak-kanak YASKA dan keluarga mereka.

Acara amal itu menandakan satu mercu tanda penting bagi WoMen Hair kerana ia merupakan acara amal bagi menutup tirai Tahun 2015 bagi kumpulan pendandan rambut dari salun rambut terkenal Taiwan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA