WoMen Hair dibuka rasmi

WoMen Hair dibuka rasmi

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Salun dandanan rambut terkenal dari Taiwan, WoMen Hair secara rasmi membuka pintunya kepada pelanggan dengan majlis pelancarannya hari ini.

Artis terkenal antarabangsa berkelahiran Brunei, Wu Chun yang juga pemilik salun telah menyempurnakan pelancaran salun tersebut yang terletak di Kompleks Kenangan II (belakang bangunan Regent Square), Kiulap.

Salon dandanan rambut untuk lelaki dan perempuan itu mendatangkan pendandan rambut terkemuka dari Taiwan dengan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dandanan rambut masa kini.

Dengan memiliki dua tingkat, pelanggan lelaki di tingkat atas dan pelanggan perempuan di tingkat bawah, salun ini menampilkan konsep moden dengan hiasan dalaman yang unik dan kreatif.

Wu Chun, dalam kenyataannya berkata, “Kami tidak mengehadkan dandanan rambut yang diinginkan pelanggan, kami menyampaikan kualiti dan konsistensi kepada setiap pelanggan. Saya mengaku perkhidmatan kami sedikit mahal tetapi dengan peringkat standard yang sangat baik, ia tidak mudah diperolehi di mana-mana di Asia Tenggara, jika ada pun pasti begitu mahal”.

Wu Chun di hadapan salun WoMen Hair yang baru sahaja dilancarkannya semalam.
Wu Chun di hadapan salun WoMen Hair yang baru sahaja dilancarkannya semalam.
Pendandan rambut terkemuka dari Taiwan mendandan rambut anak perempuan Wu Chun.
Pendandan rambut terkemuka dari Taiwan mendandan rambut anak perempuan Wu Chun.

Salun rambut uniseks yang bermula di Taiwan itu merupakan sebuah pasukan yang didorong untuk mencipta revolusi baru dalam menentukan kuasa sebenar kecantikan Asia.

Di sebalik WoMen Hair juga memiliki pendandan rambut yang memenangi anugerah pendandan selebriti antarabangsa yang antaranya ialah Jobi Hsieh yang menyatakan keterujaannya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di WoMen Hair.

Jobi juga memberitahu, sebelum ini beliau telah pun menjadi pendandan rambut bagi selebriti-selebriti muka hadapan majalah-majalah popular seperti Cosmopolitan Men’s Health, Elle, Vogue, Marie Clarie, Madame Figaro dan banyak lagi, malah Wu Chun merupakan salah seorang artis yang menjadi muka depan majalah tersebut.

Salun WoMen Hair kini dibukakan untuk orang ramai dan bersempena dengan pembukaan rasmi, salun berkenaan memberikan diskaun 30 peratus sebagai tawaran pengenalan bagi pelanggan yang buat pertama kali mencuba perkhidmatan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA