Woods bakal beraksi kembali

Woods bakal beraksi kembali

LOS ANGELES, 10 Okt – Tiger Woods, 14 bulan yang tidak beraksi dari persaingan terakhirnya, menghampiri ulang tahunnya yang ke-41 tahun dan dalam pemulihan dari pembedahan belakang, masih mencetuskan minat tidak seperti pemain golf lain.

Juara utama 14 kali itu akan membuat pukulan pada Khamis di Silverado Resort di Napa, California, dalam permulaan pertamanya sejak menamatkan kedudukannya ke-10 di Kejuaraan Wyndham pada 23 Ogos 2015.

Terbuka Safeway yang selalunya pertandingan yang kurang dikenali, permulaan bagi Jelajah PGA AS 2016-17 di Wine Country north of San Francisco, California, tiba–tiba menjadi tumpuan golf dunia.

“Saya gembira, saya tidak berada di sana minggu itu,’ kata Rory Mcllroy dari Ireland Utara apabila Woods mengumumkan jadualnya bagi aksi kembalinya pada September. “Ia akan menjadi sedikit tarikan.”

Gambar fail 2 Oktober 2016 menunjukkan Woods ketika menyaksikan perlawanan semasa Piala Ryder ke-41 di Padang Golf Nasional Hazeltine di Chaska, Minnesota. Woods mengesahkan bahawa dia akan kembali beraksi di California minggu depan setelah hampir 14 bulan tidak beraksi. – AFP
Gambar fail 2 Oktober 2016 menunjukkan Woods ketika menyaksikan perlawanan semasa Piala Ryder ke-41 di Padang Golf Nasional Hazeltine di Chaska, Minnesota. Woods mengesahkan bahawa dia akan kembali beraksi di California minggu depan setelah hampir 14 bulan tidak beraksi. – AFP

Berbanding kepada 45 cawangan media yang berkelayakan pada 2015, 106 berkelayakan bagi tahun ini, dengan penganjur menggandakan ukuran pusat media mereka. Lonjakan yang sama dalam jualan tiket dijangka, dengan sebahagian laporan menggambarkan peminat mungkin diperlihatkan kepada gandingan bintang Woods dan pemenang lima kali, Phil Mickelson dalam pusingan pembukaan.

Bukan Woods memerlukan sebarang bantuan untuk menarik tumpuan, dan spekulasi yang menular di mana kedudukan permainannya selepas lebih dari setahun menjalankan pemulihan.

“Kami telah beraksi sembilan lubang bersama–sama. Dia berjalan sebatu dan memukul segalanya…trajektori dan pukulan bola adalah seperti Tiger yang kita kenali 15 tahun lalu,” Jesper Parnevik dari Sweden memberitahu Golf Digest pada awal Oktober.

“Aksi kembali bukanlah perkara yang pasti, tetapi sesuatu memberitahu saya dia mungkin hebat.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA