Woods bakal terbit buku memoir Masters 1997

Woods bakal terbit buku memoir Masters 1997

LOS ANGELES, 7 Jun – Penyertaan Tiger Woods dalam kejohanan Terbuka AS minggu depan tetap dalam keraguan, namun juara kejohanan utama 14 kali itu mengumumkan dia mempunyai satu lagi projek ketika ini.

Woods berkata dalam satu keterangan di laman sesawangnya bahawa dia menulis sebuah buku mengenai kemenangan bersejarah dalam kejohanan Masters 1997, yang akan diterbitkan oleh Grand Central Publishing tahun depan.

Kerja yang belum bertajuk itu, akan ditulis bersama penulis sukan golf Kanada Lorne Rubenstein, yang akan terkandung pandangan-pandangan pemain golf itu yang bukan sahaja mengenai kemenangan 12 strok di Augusta National namun juga pada dua dekad sejak itu, menurut firma penerbitan itu.

“Woods akan membuka cerita mengenai hubungannya dengan ayahnya Earl Woods, melenyapkan salah anggap sebelumnya dan akan secara kandid mendedahkan banyak cerita yang belum pernah diberitahu sebelum ini,” menurut satu siaran akhbar.

Tambah Woods: “Kejohanan Masters 1997 adalah salah satu kejohanan yang paling penting dalam hidup saya atas beberapa sebab.

Tiger Woods akan menerbitkan buku me-ngenai pencapaiannya pada kejohanan Masters 1997. – AP
Tiger Woods akan menerbitkan buku me-ngenai pencapaiannya pada kejohanan Masters 1997. – AP

“Saya memikirkan mengenai pelukan bersama ayah saya dan kesemua acara yang berlaku pada minggu itu. Kebanyakan orang secara umumnya mengetahui mengenai kejohanan itu, namun ini memberikan saya peluang untuk memberitahu dengan lebih terperinci lagi apa yang berlaku dalam dan di luar kejohanan.”

Buku pertama Wood dikeluarkan pada 2001. Bertajuk ‘How I Play Golf’, ia ditulis oleh pengarang-pengarang Majalah Golf Digest.

Kejohanan Masters 1997 adalah yang pertama Woods menangi dalam koleksi 14 kejohanan utamanya.

Kali terakhir dia memenangi kejohanan utama ialah pada Terbuka AS 2008, dan Woods tidak menyertai sebarang kejohanan sejak menjalani dua prosedur pembedahan berasingan pada lewat tahun lepas untuk mengurangkan masalah sakit belakang.

Dia berkata pada Mei bahawa dia berharap untuk kembali bertanding pada Jun, tapi ia tidak jelas jika dia sempat untuk menyertai kejohanan utama kedua tahun ini, Terbuka AS di Oakmont bermula 16 hingga 19 Jun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA