Woods bangkit

Woods bangkit

WHITE SULPHUR SPRINGS, AS, 5 Julai (AFP) – Tiger Woods menemui semula sentuhannya pada kejohanan Klasik Greenbrier semalam, bangkit daripada kegagalan teruk pada Terbuka AS dengan empat bawah par 66 yang menyaksikannya ketinggalan empat pukulan di belakang pendahulu pusingan pertama Scott Langley.

Langley membenam lapan birdie tanpa sebarang bogey bagi melakar catatan terbaik kariernya lapan bawah par 62.

Catatannya itu juga menyamai keputusan terbaik pusingan pertama di Greenbrier selain catatan terbaik pusingan pertama dalam Jelajah PGA musim ini.

Namun persembahan mantap Woods pada pusingan pertama lebih mencuri tumpuan ketika juara 14 kejohanan utama itu memperbaiki keputusan terbaik pusingan pertama pada kempen 2015 dengan tujuh pukulan.

Tiger Woods membuat pukulan kedua pada lubang kesembilan dalam pusingan ketiga Greenbrier Classic di Old White TPC, White Sulphur Springs, West Virginia pada 4 Julai lalu. – AFP
Tiger Woods membuat pukulan kedua pada lubang kesembilan dalam pusingan ketiga Greenbrier Classic di Old White TPC, White Sulphur Springs, West Virginia pada 4 Julai lalu. – AFP

Woods merakam catatan pertama sekitar 60 sejak Masters AS, yang mana catatan 69 dan 68 pada pusingan kedua dan ketiga membantunya berkongsi kedudukan ke-17.

“Sekalipun catatan saya tidak menggambarkannya, hayunan saya juga tidak menyokong.

“Saya berasakan tidak terlalu ketinggalan,” kata Woods, bekas pemain nombor satu dunia yang merudum ke tangga ke-220 dunia.