Woods belum sedia, batal aksi kembali

Woods belum sedia, batal aksi kembali

LOS ANGELES, 11 Okt – Tiger Woods menggegarkan dunia golf semalam selepas membatalkan aksi kembalinya yang lama dinanti-nantikan, membangkitkan persoalan baru mengenai keupayaannya untuk kembali ke peringkat tertinggi sukan itu yang pernah dikuasainya. Hanya tiga hari selepas Jelajah PGA mengeluarkan kenyataan yang menyatakan penyertaan bekas pemain nombor satu dunia itu di Safeway Open di California minggu ini, Woods mengumumkan dia belum bersedia untuk kembali dari rehatnya selama 14 bulan.

Pemenang utama 14 kali itu, 40, yang tidak beraksi sejak menjalani pembedahan lewat tahun lepas bagi menyembuhkan kecederaan bahagian belakangnya, berkata kebimbangan terhadap rentak- -berbanding kecergasannya-adalah disebalik keputusan untuk menangguhkan aksi kembalinya itu.

“Selepas pencarian semangat dan gambaran jujur, saya tahu saya belum bersedia untuk beraksi dalam Jelajah PGA atau bersaing di Turki,” kata Woods, yang juga dijadualkan akan menyertai dalam Terbuka Turkish Airlines di Antalya pada bulan depan.

“Kesihatan saya adalah bagus, dan saya merasa kuat, tetapi permainan saya kurang dan tidak berada di kedudukan yang diperlukan,” tambah Woods, yang juga berkata dia berharap untuk beraksi dalam Hero World Challenge di Bahamas pada bulan Disember.

Gambar fail pada 13 Julai 2015 menunjukkan Woods ketika beraksi semasa pusingan latihan di Old Course, Scotla. Woods menarik kembali kenyataannya untuk kembali beraksi selepas 14 bulan tidak menyertai mana-mana perlawanan. – AFP
Gambar fail pada 13 Julai 2015 menunjukkan Woods ketika beraksi semasa pusingan latihan di Old Course, Scotla. Woods menarik kembali kenyataannya untuk kembali beraksi selepas 14 bulan tidak menyertai mana-mana perlawanan. – AFP

Woods adalah salah seorang pembantu kapten pasukan Piala Ryder AS sebagai hos yang memenangi kembali trofi dari Eropah hanya seminggu yang lalu di Hazeltine.

Woods berkata keinginannya adalah untuk kembali beraksi, dia menyedari dia belum bersedia untuk bersaing menentang pemain terbaik dunia.

“Apabila saya mengumumkan pada minggu lalu, saya akan pergi ke Safeway, saya mempunyai hasrat untuk beraksi, atau saya tidak mempunyai komited,” tambah Woods, yang menyaksikan kejayaan utama terakhir adalah pada 2008 dan tidak memenangi pertandingan PGA AS selama tiga tahun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA