Woods buru slot play-off

Woods buru slot play-off

GREENSBORO, AS, 20 Ogos – Tiger Woods akan berusaha untuk bangkit daripada kekecewaan pertandingan utamanya hari ini apabila memulakan pukulan di Kejohanan Wyndham yang mengharapkan kejayaan untuk berada dalam persaingan play-off Piala Fedex.

Pemain nombor satu dunia yang tersungkur itu membuat cutt pada Kejohanan PGA minggu lalu di Whistling Straits untuk kali ketiga tahun ini dia gagal untuk sampai ke peringkat itu pada pertandingan Utama.

Penyingkiran awal itu menyaksikan Woods yang berada di ranking ke-286 dunia, dan memerlukan persembahan sempurna di Sedgefield Country Club di sini minggu ini untuk membuka laluan ke persaingan tersebut.

Kemenangan akan memastikan Woods mendapat tempat dalam persaingan pertama daripada empat play-off walaupun selesai di tempat kedua sudah cukup untuk menaikkannya ke dalam kelompok 125 pemain terbaik yang layak selepas musim.

Woods yang tenang tidak menunjukkan petanda suram yang melanda permainannya tahun ini apabila beraksi dalam pro-Am semalam di samping bintang Los Angeles Clippers NBA, Chris Paul.

Woods berkata kunci kepada persembahannya di North Carolina minggu ini adalah konsisten yang lebih besar. “Saya perlu lebih konsisten dengan segalanya dan mula menggabungkannya, bukan hanya lubang dan pusingan tetapi pertandingan,” Woods memberitahu wartawan. – AFP

Reaksi Tiger Woods selepas membuat pukulan pada lubang kedua Kejohanan Whistling Straits di Sheboygan, Wisconsin 14 Ogos lalu. – AFP
Reaksi Tiger Woods selepas membuat pukulan pada lubang kedua Kejohanan Whistling Straits di Sheboygan, Wisconsin 14 Ogos lalu. – AFP