Woods cari ketenangan

Woods cari ketenangan

WASHINGTON, 6 Mei (AFP) – Pertandingan Players Championship tidak sepatutnya datang terlalu awal untuk Tiger Woods memandangkan bekas pemain nombor satu dunia itu minggu ini ketandusan emosi menjelang ulang tahun kematian ayahnya dan perpisahannya dengan Lindsay Vonn.

“Jelas ia amat menjejaskan saya,” kata Woods semalam selepas pusingan latihan di TPC Sawgrass di Ponte Vedra Beach, Florida.

“Memang sukar. Tidak dinafikan. Saya tidak akan berbohong mengenainya. Memang sukar. Tiga kedudukan ini amat sukar,” tambah juara utama 14 kali itu yang menyaksikan ayah dan mentornya Earl Woods meninggal dunia pada 3 Mei 2006.

“Saya belum tidur lagi. Tiga hari ini, dari 3 Mei hingga hari ini, adalah sukar bagi saya dan dengan apa yang berlaku pada Ahad hanya menambah lagi kepada yang sedia ada.”

Pada Ahad, Woods dan bintang ski, Vonn menerusi laman Facebook mengumumkan mereka hubungan mereka sudah berakhir dengan menyalahkan jadual yang padat memisahkan mereka.

Tiger Woods menjalani latihan untuk The Players Championship di Stadium TPC Sawgrass, Ponte Vedra Beach, Florida semalam. – AFP
Tiger Woods menjalani latihan untuk The Players Championship di Stadium TPC Sawgrass, Ponte Vedra Beach, Florida semalam. – AFP

Keduanya telah bertemu tiga tahun lepas. Woods berharap permulaan bagi pertandingan Jelajah PGA AS yang menawarkan ganjaran AS$10 juta esok adalah peluang untuk menumpukan perhatian kepada golf.

“Saya selalu terpaksa berdepan dengan perkara di luar dan apabila anda berada di dalam, sudah tiba masanya untuk bersedia dan beraksi,” kata Woods.

“Anda keluar di sana dan bagi saya, saya fokus dan berada dalam dunia kecil, zon kecil dan melakukan yang terbaik untuk itu.”

Pertandingan The Players adalah permulaan pertama Woods sejak dia terikat pada kedudukan ke-17 di Masters. Ranking dunianya jatuh sehingga tidak layak menyertai pertandingan WGC Match Play Championship minggu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA