Woods catat permainan terburuk

Woods catat permainan terburuk

DUBLIN, AS, 8 Jun (AFP) – Tiger Woods mencatatkan 11 strok pada pusingan ketiga 85 dengan tiga pukulan di atas par 74 untuk menamatkan persaingan terburuknya di Memorial semalam – dan bersedia untuk Terbuka AS.

Juara 14 kali itu adalah pemain pertama membuat pukulan semalam, dalam kedudukan terakhir 71 pemain pada pertandingan yang telah dimenanginya sebanyak lima kali.

Jumlah pemain yang ganjil bermakna dia tidak akan beraksi bersama rakan, tetapi bekas pemain nombor satu dunia itu berkata dia mendekati pusingan seperti yang dilakukannya dalam kerjayanya yang lain.

“Untuk mencuba dan membuat kutipan pukulan terbaik yang mampu,” katanya mengenai tujuannya. “Hanya kerana saya berada di kedudukan terakhir, ia tidak mengubah segalanya.”

Woods, bekas pemain nombor satu dunia yang jatuh ke tangga ke-172 dunia, selesai dengan 72 lubang purata 14 atas 302.

Reaksi Woods selepas membuat pukulan pada lubang ke-17 pada Kejohanan Memorial di Dublin, AS semalam. – AFP
Reaksi Woods selepas membuat pukulan pada lubang ke-17 pada Kejohanan Memorial di Dublin, AS semalam. – AFP

Ia adalah kerjaya terburuk, mengatasi 72 lubang daripada 298 yang dihasilkannya di Birdgestone Invitational pada 2010.

Dengan pukulan yang tidak menentu sepanjang minggu, Woods menghasilkan perkembangan di depan sembilan, selepas bogey yang diperoleh lebih awal dengan tiga birdie.

Satu birdie pada par lima lubang ke-11, di mana dia terjejas dengan four-foot putt, menyaksikannya mencatatkan tiga bawah untuk pertandingan hari itu.

Tetapi Woods, yang menegaskan dia komited untuk berusaha bagi menukar pukulan yang dilaksanakannya bersama pengajar Chris Como, tidak dapat mengekalkan momentum.

Satu bogey pada lubang ke-13 disusuli dua bogey berganda tujuh pada par lima lubang ke-15.