Woods cuba bangkit

Woods cuba bangkit

TACOMA, AS, 14 Jun (AFP) – Tiger Woods menegaskan dia akan menghasilkan perkembangan, mendapatkan kembali rentak permainannya berpuluh kali, tetapi 85 pukulannya di The Memorial hujung minggu lalu dilihat menandakan sebaliknya.

“Saya mempunyai masa seperti ini dalam kehidupan di mana saya telah melalui tempoh–tempoh ini,” kata Woods. “Tetapi anda perlu berjuang melaluinya.

“Saya komited terhadap apa yang saya lakukan dan komited kepada perubahan dan apabila sudah ada momentum dan kekentalan, bebarapa perkara mula bersatu kembali.”

Pemenang utama 14 kali yang akan berusia 40 tahun pada Disember, mula melakukan latihan bersama jurulatih Chris Como tujuh bulan lalu dan cuba untuk melaksanakan beberapa perubahan pukulan kepada permainannya.

Tetapi lebih sukar untuk mempelajari lengkungan berbanding yang diceritakan dengan setiap langkah yang akan dilakukannya, dia melangkah ke belakang pula.

Woods menuju Terbuka AS ke-115 minggu depan selepas melalui pusingan paling teruk kerjayanya di Muirfield Village apabila membuat pukulan 13 di atas par 85 sebelum selesai dengan 74. Dia melengkapkan empat pusingan di kedudukan terakhir pada 14 di atas 302.

Dia juga melalui kesukaran beraksi bersendirian dan terpaksa menukar bendera ketika kedinya sibuk mencakar bunker yang menjejaskan pukulan Woods.

Untuk menambah kesukaran itu, esok Woods secara rasminya jatuh ke kedudukan ke-181 ranking dunia dan berada pada kedudukan 196 dalam mata play-off Piala FedEx.

Lapan puluh lima pukulan di The Memorial adalah 20 strok daripada pusingan terbaik sepanjang kerjayanya di Terbuka AS di mana dia membuat pukulan pada 2000 di Pebble Beach selepas mencatatkan kejayaan pertama daripada tiga kemenangan Terbuka AS. Dia juga mencatatkan kemenangan pada 2002 dan 2008.